Seorang pekerja ladang dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya dua tahun lepas.
Hakim Datuk Hassan Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Rosli Naqur Gani, 37, yang kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan terhadapnya.
Hassan dalam penghakimannya berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah melalui keterangan tertuduh.
Mohamad Rosli yang berasal dari Perak didakwa membunuh rakan sekerjanya R. Devadas, 60, pada 17 April 2017 antara 1.50 pagi dan 11.50 pagi di rumah tidak bernombor di Estet Chuan Leng Rubber Estate, Bellenggu Halt, Mentakab dekat sini, selepas rakan sekerjanya itu menegur masakannya yang dikatakan tidak sedap.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Terdahulu, peguam Aedi Tajudin yang mewakili tertuduh dalam rayuannya memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh mempunyai empat anak yang masih kecil dan bekerja di estet berkenaan dengan pendapatan hanya RM30 sehari.
"Tertuduh juga menyesal dengan perbuatannya dan telah memohon maaf kepada keluarga mangsa," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi memberi contoh kepada masyarakat kerana perbuatan tertuduh tidak boleh dimaafkan.
"Tertuduh memukul mangsa pada petang dan malam dengan bongkah kayu serta sabit sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah dan mengalami pendarahan," katanya.
Seramai 14 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh, memberi keterangan sepanjang prosiding perbicaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019

Hakim Datuk Hassan Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Rosli Naqur Gani, 37, yang kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan terhadapnya. - Foto Bernama

AWANI Ringkas: COVID-19 | Malaysia catat jumlah kematian tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Anggota polis boleh masuk Sabah | KKM tubuh 213 pusat penilaian COVID-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Warga emas kemurungan positif COVID-19 ditemui mati dengan kesan kelar pada leher
Mangsa membuat dua ujian saringan COVID-19 pada 7 serta 18 Januari dan kedua-duanya didapati positif.
![[INFOGRAFIK] Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM 2025) [INFOGRAFIK] Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM 2025)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/760123881611323373493/1886834_8967789641611323413571_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM 2025)
![[INFOGRAFIK] Inisiatif TPNW dalam pengharaman senjata nuklear [INFOGRAFIK] Inisiatif TPNW dalam pengharaman senjata nuklear](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/32414676881611323185448/1886833_8967789641611323339571_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Inisiatif TPNW dalam pengharaman senjata nuklear
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (22 Jan 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (22 Jan 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/4532400361611323185446/1886832_8967789641611323286705_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (22 Jan 2021)

Real Madrid sahkan Zinedine Zidane positif COVID-19
Berita itu disahkan oleh jurucakap Los Blancos yang mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman web rasminya hari ini.

UMNO perlu beri peluang kepada pemimpin muda - Tun Faisal
UMNO perlu menonjolkan imej yang baik serta mempunyai sistem penggantian kepimpinan baharu untuk kekal relevan dan diterima rakyat.

AWANI Ringkas: Ahli politik tanam pokok ganja di rumah ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Semua pelajar perlu ikuti Program Transisi selama 43 hari - KPM
Program Transisi akan dilaksanakan tahun ini bagi mempersiapkan murid melangkah ke tahap seterusnya, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.

Polis cari waris wanita mangsa bunuh dengan tatu 'Im Lee'
Polis sedang mengesan waris seorang wanita yang ditemukan mati dengan kesan lebam disyaki dipukul dengan senjata tumpul di tepi Jalan Jurutera, Kampung Sri Aman, di sini pada 13 Oktober lalu.

Lelaki mengamuk tikam kakak ipar direman
Seorang lelaki Myanmar yang mengamuk sebelum bertindak menikam kakak iparnya hingga mati di sebuah apartmen di USJ 7 di sini, pada Jumaat direman tujuh hari sehingga 1 Januari depan.

Penarik kereta ditemui mati dipercayai diserang
Mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan, 34, difahamkan bekerja sebagai penarik kereta ditemui mati dalam keadaan beberapa tetakan dan kecederaan dibahagian kepala dan anggota badan yang lain.

Remaja perempuan jaga ibu sakit disamun, dibunuh kejam
Seorang gadis maut selepas disamun dan ditetak penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu.

Serangan objek tajam, punca kematian jurutera ditemukan rentung dalam kereta
Polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari ke atas dua kontraktor dipercayai rakan kepada seorang jurutera tapak yang ditemukan rentung hampir 90 peratus, dalam sebuah kereta di Sepang.

Kes mayat rentung dalam kenderaan disiasat sebagai kes bunuh - Polis
Polis berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis temui mayat bayi dilumur garam dalam guni di Bachok
Polis menemui mayat seorang bayi berumur lapan bulan dalam keadaan menyayat hati dengan badannya dilumur garam dan dimasukkan ke dalam guni yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur.

Pengawal keselamatan maut ditikam rakan selepas bertengkar
Seorang pengawal keselamatan di sebuah flat perumahan awam di Cheras maut selepas ditikam rakannya dalam kejadian pada petang Khamis.

Penganggur dituduh bunuh bapa kandung guna botol kicap
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dua minggu lalu.

Polis jejaki dua pesakit loloskan diri dari Hospital Mesra Bukit Padang
Polis sedang menjejaki dua pesakit lelaki yang sedang mendapat rawatan di Hospital Mesra Bukit Padang, dipercayai melarikan diri pada Jumaat lalu.