awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh warga emas: Suspek dituduh di Mahkamah Selayang esok

Bernama
Bernama
05/12/2023
14:18 MYT
Bunuh warga emas: Suspek dituduh di Mahkamah Selayang esok
Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki membunuh seorang warga emas pada 23 Nov lepas, akan dituduh di Mahkamah Selayang esok. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki membunuh seorang warga emas yang ditemukan mati akibat ditikam di dalam keretanya di Taman Ehsan Kepong, di sini pada 23 Nov lepas, akan dituduh di Mahkamah Selayang esok.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata kertas siasatan kes itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan telah mendapat arahan pertuduhan ke atas salah seorang suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Daripada lapan suspek yang ditahan, empat suspek akan dijadikan saksi pendakwaan dan suspek yang lain akan dibebaskan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Noor Ariffin berkata Bahagian Siasatan Jenayah IPD Gombak, telah menahan lapan suspek lelaki warga tempatan berumur lingkungan 21 hingga 35 tahun dan mereka telah direman selama 10 hari mulai 27 Nov hingga esok bagi membantu siasatan.
Beliau berkata motif kejadian itu ialah kerana suspek tidak berpuas hati mengenai kadar sewa rumah yang ditetapkan mangsa.
Dalam kejadian tersebut, polis menerima panggilan orang awam pada 10.16 malam yang terkejut menemui mangsa berusia 70 tahun berkeadaan berdarah di tempat duduk penumpang belakang keretanya dengan ditutupi kain selimut.
Pemeriksaan tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan kelar pada bahagian leher serta kesan tikaman pada perut dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh warga emas
#suspek didakwa
#mahkamah selayang
#Taman Ehsan Kepong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan