Skip to main content

Malaysia

Buruh disyaki kurung, dera isteri dan 4 anak kerana cemburu

81749657109_TBPOLISPDRM.jpg
Suspek berusia 36 tahun ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Gong Badak kira-kira 3 petang semalam dan siasatan lanjut mendapati kejadian berpunca daripada cemburu. - Gambar hiasan
Advertisement

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang buruh disyaki mendera isteri dan empat anaknya di Kuala Nerus dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada mangsa berusia 30-an yang memaklumkan dipukul dan dikurung oleh suami di kediaman mereka, petang semalam.

Beliau berkata sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Polis Gong Badak digerakkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

"Setibanya di lokasi, polis mendapati wanita berkenaan berada di dalam rumah bersama-sama empat anak lelakinya dengan kesemua pintu dikunci menggunakan mangga. 

"Polis bertindak memotong kunci dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian mata kanan, selain mengadu sakit di kepala serta lutut kiri.

"Mangsa dan anak-anak dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Ekspedisi Kayak Merdeka Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di Pulau Warisan di sini hari ini.

Azli berkata suspek berusia 36 tahun ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Gong Badak kira-kira 3 petang semalam dan siasatan lanjut mendapati kejadian berpunca daripada cemburu.

"Hasil ujian air kencing suspek positif selain mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah dan curi.

"Dia juga mengaku memukul isteri dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 326 Kanun Keseksaan," katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement