awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh mengaku tidak bersalah cedera isteri guna seterika

Bernama
Bernama
26/09/2024
10:30 MYT
Buruh mengaku tidak bersalah cedera isteri guna seterika
Mohd Nurhakiman (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan mencederakan isteri menggunakan seterika tiga hari lepas. -Bernama
KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya menggunakan seterika pada Isnin lepas.

Ringkasan AI
  • Mohd Nurhakiman Mohd Nasir, 35, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan isterinya menggunakan seterika.
  • Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, dengan kemungkinan hukuman penjara dua kali ganda.
  • Hakim Zulkifli Abdullah menetapkan 29 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Mohd Nurhakiman Mohd Nasir, 35, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Rambutan Rendang di sini pada 7.30 pagi, 23 Sept lepas.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda daripada tempoh itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kamarul Hasyime tidak menawarkan jaminan memandangkan tertuduh masih suami isteri dan tinggal bersama dalam satu rumah.
Hakim Zulkifli Abllah menetapkan 29 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Nurhakiman Mohd Nasir
#cederakan isteri
#guna seterika
#Kampung Rambutan Rendang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan