awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh Myanmar maut dalam kemalangan, pemandu Malaysia ditahan

Bernama
Bernama
03/01/2020
12:54 MYT
Buruh Myanmar maut dalam kemalangan, pemandu Malaysia ditahan
Dalam kejadian kira-kira 8 malam (waktu tempatan), Hla Aye, 52, yang merupakan seorang buruh meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang warga Myanmar maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu warga Malaysia di Jalan Hatyai-Songkhla malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 8 malam (waktu tempatan), Hla Aye, 52, yang merupakan seorang buruh meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Bang Klam, Wilayah Songkla Left. Kol. Pol. Suthep Shunpradap berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa bertembung dengan SUV yang dipandu warga Malaysia, 59 tahun.
"Pertembungan yang kuat menyebabkan mangsa dan motosikal diheret kira-kira 70 meter.
"SUV itu turut terbakar pada bahagian depan dan berjaya dipadamkan penduduk tempatan," katanya ketika dihubungj Bernama hari ini.
Suthep berkata kereta jenis SUV yang dipandu lelaki itu bersama empat lagi penumpang, termasuk seorang wanita, dalam perjalanan dari Krabi ke Hatyai, Songkhla selepas bercuti di pusat peranginan itu.
"Semua penumpang selamat. Pemandu kini ditahan di Balai Polis Bang Klam untuk siasatan lanjut dan dihadapkan ke mahkamah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bang Klam
#Hla Aye
#Jalan Hatyai-Songkhla
#kenderaan utiliti sukan
#motosikal bertembung
#Songkla
#SUV
#warga Myanmar maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan