awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK, Perancis sedia hantar tentera ke Ukraine jika rundingan damai tercapai
Ole Gunnar Solskjaer semakin hampir kembali ke Manchester United
"Tak datang Turkiye, putus kawan" - PM Anwar kongsi gurauan Presiden Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh warga Myanmar didakwa bunuh penjual buah warga emas

Bernama
Bernama
06/10/2023
07:26 MYT
Buruh warga Myanmar didakwa bunuh penjual buah warga emas
Shofi Husson (dua, kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penjual buah warga emas di sebuah rumah di Taman OUG, Brickfields bulan lepas. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang buruh warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penjual buah warga emas di sebuah rumah di Taman OUG, Brickfields bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Shofi Husson Fozo Rahman, 26, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh didakwa membunuh Ah Kau @ Yow Chow Chong, 80, pada 6.30 petang, 26 Sept lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam
Mahkamah menetapkan 24 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.
Sebelum ini media melaporkan seorang peniaga buah warga tempatan berusia 80 tahun maut akibat ditikam pada beberapa bahagian badan serta muka dan berikutan itu, suspek telah ditahan polis di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga myanmar
#bunuh warga emas
#penjual buah
#Taman OUG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan