GADGETS
Butiran baharu cip Intel Arrow Lake Refresh muncul melalui penanda aras Geekbench
Maklumat awal mengenai cip berprestasi tinggi tersebut tersebar melalui Geekbench, mengesahkan wujudnya pemproses Intel Core Ultra 9 290HX Plus dari keluarga Arrow Lake-HX Refresh. -Foto Amanz
WALAUPUN Intel memperkenalkan siri pemprosesan Intel Core Ultra Series 3 “Panther Lake” pada CES 2026, syarikat itu masih tidak mengumumkan sebarang maklumat rasmi mengenai siri Arrow Lake Refresh yang dijangka menjadi pengganti kepada Core Ultra Series 2.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Namun, butiran awal mengenai cip berprestasi tinggi tersebut telah tertiris ke arena web melalui pangkalan data Geekbench, apabila sebuah komputer riba Acer Predator yang belum diumumkan dilihat menjalankan pemproses Intel Core Ultra 9 290HX Plus daripada keluarga Arrow Lake-HX Refresh.
Menurut maklumat penanda aras tersebut, cip itu hadir dengan 24 teras fizikal yang terdiri daripada lapan teras Performance dan 16 teras Efficiency — sama seperti konfigurasi Core Ultra 9 285HX sedia ada.
Kelajuan boost dilaporkan mencecah sekitar 5.4 hingga 5.5 GHz bergantung kepada kuasa dan penalaan sistem.
Skor Geekbench menunjukkan 3,198 mata untuk ujian satu teras dan 21,581 mata untuk ujian berbilang teras, meletakkan prestasi awal 290HX Plus hampir menyamai cip desktop seperti Core Ultra 9 285K serta bersaing rapat dengan AMD Ryzen 9 9950X3D.
Kehadiran kebocoran ini menguatkan petunjuk bahawa siri Arrow Lake Refresh bakal diperkenalkan dalam masa terdekat, meskipun ketiadaannya di pentas CES menimbulkan persoalan mengenai strategi pengumuman Intel tahun ini. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Intel tidak mengumumkan maklumat rasmi mengenai siri Arrow Lake Refresh yang dijangka menggantikan Core Ultra Series 2.
- Maklumat awal mengenai cip berprestasi tinggi tersebut tersebar melalui Geekbench, mengesahkan wujudnya pemproses Intel Core Ultra 9 290HX Plus dari keluarga Arrow Lake-HX Refresh.
- Cip itu menawarkan 24 teras fizikal, dengan kelajuan boost dilaporkan mencecah 5.4 hingga 5.5 GHz, menunjukkan prestasi hampir menyamai cip desktop seperti Core Ultra 9 285K dan bersaing dengan AMD Ryzen 9 9950X3D.
Namun, butiran awal mengenai cip berprestasi tinggi tersebut telah tertiris ke arena web melalui pangkalan data Geekbench, apabila sebuah komputer riba Acer Predator yang belum diumumkan dilihat menjalankan pemproses Intel Core Ultra 9 290HX Plus daripada keluarga Arrow Lake-HX Refresh.
Menurut maklumat penanda aras tersebut, cip itu hadir dengan 24 teras fizikal yang terdiri daripada lapan teras Performance dan 16 teras Efficiency — sama seperti konfigurasi Core Ultra 9 285HX sedia ada.
Kelajuan boost dilaporkan mencecah sekitar 5.4 hingga 5.5 GHz bergantung kepada kuasa dan penalaan sistem.
Skor Geekbench menunjukkan 3,198 mata untuk ujian satu teras dan 21,581 mata untuk ujian berbilang teras, meletakkan prestasi awal 290HX Plus hampir menyamai cip desktop seperti Core Ultra 9 285K serta bersaing rapat dengan AMD Ryzen 9 9950X3D.
Kehadiran kebocoran ini menguatkan petunjuk bahawa siri Arrow Lake Refresh bakal diperkenalkan dalam masa terdekat, meskipun ketiadaannya di pentas CES menimbulkan persoalan mengenai strategi pengumuman Intel tahun ini. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang Intel belum umumkan berkenaan siri Arrow Lake Refresh?
A: Intel masih belum mengumumkan maklumat rasmi mengenai siri Arrow Lake Refresh yang dijangka menjadi pengganti kepada Core Ultra Series 2. - Q: Bagaimana maklumat awal berkenaan cip Arrow Lake-HX Refresh tersebar?
A: Maklumat awal mengenai cip tersebut tersebar melalui Geekbench apabila sebuah komputer riba Acer Predator dilihat menjalankan pemproses Intel Core Ultra 9 290HX Plus. - Q: Berapakah jumlah teras fizikal yang terdapat dalam cip Arrow Lake-HX Refresh?
A: Cip Arrow Lake-HX Refresh menawarkan 24 teras fizikal, dengan kelajuan boost dilaporkan mencecah 5.4 hingga 5.5 GHz.