GADGETS
ByteDance dilapor bangunkan platform pesaing untuk Steam
ByteDance sedang membangunkan platform pengedaran permainan video global baharu bernama GameTop, yang dijangka menjadi pesaing kepada Steam dan Epic Games Store. -Foto Amanz
BYTEDANCE, syarikat induk kepada TikTok, dilaporkan sedang membangunkan platform pengedaran permainan video baharu yang dikenali sebagai GameTop, dengan sasaran pelancaran di peringkat global.
Ringkasan AI
Platform ini dijangka memudahkan penemuan permainan baharu serta menjadi saluran utama untuk pengedaran dan penerbitan permainan di bawah ByteDance.
Langkah ini dilihat sebagai usaha strategik ByteDance untuk memperluas pengaruhnya dalam industri permainan digital, dengan sokongan kewangan yang kukuh dan kelebihan dalam pemasaran.
GameTop dijangka memberi saingan kepada platform sedia ada seperti Steam dan Epic Games Store, sekali gus memperkaya pilihan pengguna dan pembangun permainan.
Buat masa ini, ByteDance belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara ini. Perincian lanjut mengenai GameTop dijangka diumumkan apabila platform tersebut tersedia kelak. -Amanz
Ringkasan AI
- ByteDance sedang membangunkan platform pengedaran permainan video global baharu bernama GameTop, yang dijangka menjadi pesaing kepada Steam dan Epic Games Store.
- GameTop akan menampilkan ciri sosial, sistem ganjaran, alat pencipta berasaskan AI, dan menyokong kandungan yang dijana pengguna (UGC).
- Projek ini merupakan sebahagian daripada strategi baharu ByteDance untuk mengukuhkan semula kehadirannya dalam industri permainan digital selepas penyusunan semula dalaman.