NATIONAL
ByteDance rancang labur RM10 bilion, jadikan Malaysia hab AI di rantau ini - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul (empat, kiri) berkata perkara itu dimaklumkan ketika pertemuan beliau dengan Naib Presiden TikTok Helena Lersch di Singapura, hari ini. -X @tzafrul_aziz
KUALA LUMPUR: Pemilik Tiktok, ByteDance, merancang untuk melabur dalam kecerdasan buatan (AI) dan menjadikan Malaysia sebagai hab AI di rantau ini dengan cadangan pelaburan kira-kira RM10 bilion.
Ringkasan AI
- Pelaburan ByteDance: Pemilik TikTok, ByteDance, merancang untuk melabur dalam kecerdasan buatan (AI) dan menjadikan Malaysia sebagai hab AI di rantau ini dengan cadangan pelaburan kira-kira RM10 bilion.
- Pusat Data di Malaysia: TikTok, melalui ByteDance System, telah membangunkan pusat data di Sedenak Tech Park, Kulai, Johor. Mengambil kira keperluan masa depan, syarikat tersebut berhasrat untuk mengembangkan fasiliti pusat datanya dengan pelaburan tambahan RM1.5 bilion.
- Pengembangan Ekonomi Digital Malaysia: Pelaburan tambahan dari ByteDance ini dijangka membantu Malaysia mencapai sasaran mengembangkan ekonomi digital kepada 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025.
Setakat ini, Tengku Zafrul berkata, TikTok melalui ByteDance System telah membangunkan pusat data di Sedenak Tech Park, Kulai, Johor.
Menurutnya, mengambil kira keperluan masa depan syarikat berkenaan turut berhasrat untuk mengembangkan fasiliti pusat datanya dengan pelaburan tambahan RM1.5 bilion.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami