GADGETS
ByteDance sasar pendapatan tahunan untuk tahun 2025 ini setara Meta
ByteDance menyasarkan peningkatan pendapatan tahunan sebanyak 20% pada 2025 kepada $186 bilion, hampir menyamai sasaran Meta iaitu $187 bilion. -Gambar fail/Amanz
BYTEDANCE kini menyasarkan pendapatan tahunan untuk 2025 ini meningkat sebanyak 20%, sekali gus memperlihatkan pendapatan setara Meta.
Ringkasan AI
- ByteDance menyasarkan peningkatan pendapatan tahunan sebanyak 20% pada 2025 kepada $186 bilion, hampir menyamai sasaran Meta iaitu $187 bilion.
- TikTok dijangka terus menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan global ByteDance walaupun berdepan tekanan daripada kerajaan AS.
- ByteDance kini mempunyai lebih 4 bilion pengguna aktif bulanan merentas aplikasinya, termasuk CapCut, Lark, Pico dan permainan seperti Mobile Legends Bang Bang, setara dengan capaian pengguna Meta.
Untuk 2025 ini, ByteDance menyasarkan pendapatan tahunan sebanyak $186 bilion, sementara Meta pula menyasarkan pendapatan sebanyak $187 bilion.
Untuk makluman, sebelum ini, pada 2024, ByteDance menjana pendapatan sebanyak $155 bilion, sementara Meta pula menjana sebanyak $164 bilion.
Walaupun menghadapi pelbagai masalah dan tekanan oleh kerajaan Amerika Syarikat, ByteDance melihat TikTok akan terus menjana pendapatan global yang lebih tinggi pada tahun ini.
Di samping itu, ByteDance turut mempunyai sejumlah aplikasi lain di bawah mereka.
Pada masa yang sama, ByteDance kini turut mempunyai lebih 4 bilion pengguna aktif setiap bulan rentas aplikasi di bawah mereka.
Angka ini juga adalah selari dengan angka Meta yang turut mempunyai lebih kurang sama.
Antara penawaran ByteDance yang turut popular di Malaysia adalah seperti CapCut, Lark, Pico dan turut mempunyai beberapa permainan dibawah mereka, termasuk Mobile Legends Bang Bang. -Amanz