awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh bot nelayan Filipina ditahan, ceroboh perairan Pulau Balambangan
Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2026
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

C3-XR, khusus untuk pasaran China

Astro Publication
Astro Publication
13/10/2014
07:40 MYT
C3-XR, khusus untuk pasaran China
Sukar untuk percaya bahawa sekurang-kurangnya 1 daripada setiap 4 unit yang terjual oleh Citroen adalah di negara China. Oleh sebab itu, salah satu pasaran yang diberi keutamaan yang tinggi disebalik strategi global mereka adalah negara yang mempunyai penduduk paling banyak di dunia itu. Di sana, jumlah jualan bagi jenama tersebut telah naik sebanyak 19% sehingga bulan Ogos 2014, berbanding pertumbuhan 12% bagi pasaran keseluruhan. Dan khusus untuk diperkenalkan ke negara China adalah model C3-XR, yang mengikut model-model sebelum ini yang direka berdasarkan keperluan negara-negara khusus, sebagai contoh C-Elysee dan C4 L (yang hanya dijual di China, dan Brazil, contohnya). Ia juga merayakan 50 tahun hubungan diplomatik diantara China dan Perancis.
‘Crossover’ segmen B ini akan dilengkapi dengan enjin THP 160 dan kotak gear 6-kelajuan automatik. Kamera undur, sistem kestabilan dan kunci pintar antara kelengkapan yang dipasang standard.
DI Malaysia, model-model asas Citroen hanya terdiri daripada Grand C4 Picasso. Di samping itu, jenama ini diwakili oleh model-model DS, iaitu penjenamaan khusus untuk kereta-kereta mereka yang lebih premium, termasuk DS3, DS4 dan DS5. Citroen diwakili di Malaysia oleh Naza Euro MOtors Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
# china
# Naza Euro Motors
#Citroen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan