MALAYSIA

CAAM sahkan kes babitkan pesawat di lapangan terbang di Kedah

Bernama 30/12/2025 | 23:50 MYT
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kes membabitkan pesawat Malaysia Airlines Berhad di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, pada 3.41 petang semalam. - CAAM
ALOR SETAR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kes membabitkan pesawat Malaysia Airlines Berhad di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, pada 3.41 petang semalam.

Menurut CAAM, pesawat Boeing 737 bernombor pendaftaran 9M-MXH, yang dijadualkan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tidak jadi berlepas kerana tayar pecah.

"Kesemua penumpang dan kru dilaporkan selamat dan telah keluar daripada pesawat," menurut CAAM dalam hantaran Facebook.

Sementara itu, MAHB memaklumkan landasan berkenaan telah dibuka semula pada 7.30 malam selepas pemeriksaan keselamatan CAAM dan operasi kini berjalan seperti biasa.

-- BERNAMA









#Malaysia Airports Holdings Berhad #Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia CAAM #boeing 737 #pemeriksaan keselamatan