awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran akses kepada keperluan asas: Sultan Perak titah cari penyelesaian, pendekatan baharu

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2023
13:21 MYT
Cabaran akses kepada keperluan asas: Sultan Perak titah cari penyelesaian, pendekatan baharu
Sultan Nazrin (tengah) bertitah Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa itu membuka ruang kepada belia berusia 35 tahun ke bawah untuk mencari solusi berkesan kepada keperluan terdesak. - Foto Petronas
KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan kebimbangan, di sebalik kejayaan kolektif negara, masih ada segelintir rakyat yang masih berdepan dengan cabaran untuk mendapat akses kepada keperluan asas.
Beliau bertitah antaranya adalah akses untuk mendapatkan air, makanan dan tempat tinggal; kemiskinan dan ketidaksamaan yang semakin meningkat; peralihan tenaga yang terlalu perlahan dan pengurusan sisa.
"Kebimbangan ini semakin meningkat terhadap keterangkuman sosial dan pemuliharaan alam sekitar perlu segera ditangani bagi mengubah naratif semasa dalam memastikan masa depan lebih mampan untuk semua.
"Jika kita mahu mengubah naratif dalam memastikan masa depan yang lebih mampan untuk kita semua, maka kita harus mengatasi kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keterangkuman sosial dan pemuliharaan alam sekitar.
"Justeru kita perlu mencari pendekatan dan penyelesaian baharu kepada isu-isu ini," titah Baginda.
Sultan Nazrin yang juga Penaung Diraja dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdek, bertitah demikian pada Majlis Pengumuman dan Penyampaian Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa 2023 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, salah satu elemen penting penting bagi mencapai hasrat itu adalah dengan memperkasa golongan belia, warga tua dan mereka yang terpinggir dalam mengatasi halangan struktur serta sistemik yang dihadapi.
Justeru baginda bertitah, Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa yang dimulakan pada 2012, membuka ruang kepada belia berusia 35 tahun ke bawah untuk mencari solusi selain memacu perubahan bagi menangani keperluan mendesak yang didepani negara.
Dalam majlis itu Sultan Nazrin turut berkenaan menyampaikan geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa kepada lima penyelidik cemerlang.
Penerima geran tersebut bakal melanjutkan pengajian di institusi terkemuka di England, Mexico, New Zealand, Switzerland dan Amerika Syarikat (AS).
Pensyarah Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman, Masni Mat Dong melakar sejarah sebagai Orang Asli pertama menerima geran berkenaan.
Sementara anak kelahiran Sabah pertama yang berjaya mendapat geran itu, Amaziasizamoria Jumail pula berhasrat untuk meneroka dan berkongsi pengetahuan mengenai ekologi pemulihan hutan tropika dalam konteks global selatan.
Topic Berkaitan
#Sultan Perak
#geran merdeka
#Petronas
#shell
#penempatan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan