DREBAR
Cabaran ‘Red Peak’ Mitsubishi diteruskan
‘Read Peak Challenge’ oleh Mitsubishi kembali lagi bagi tahun 2015. Acara ini melibatkan model model-model 4x4 Mitsibishi yang membuat aksi-aksi menarik bersama sebuah trak yang direka khusus.
Kali ini, kenderaan yang terlibat adalah Pajero Sport, ASX dan tentunya Triton baharu. Dan trak yang direka untuk mencabar model-model ini dipasang dengan ‘ramp’ 45 darjah dan setinggi 25 kaki. Apabila sebuah kenderaan dipandu atasnya, pemandunya hanya akan nampak langit!

‘Red Peak Adventure’ Mitsubishi 2015 ini akan diadakan seperti di bawah:
Bandar | Lokasi | Tarikh | Masa |
Melaka | Tempar letak kereta, Mydin MITC | 15-16 Ogos | 10.00am – 8.00pm |
Johor Bahru | Tempat letak kereta, Plaza Angsana | 22-23 Ogos | 10.00am – 8.00pm |
Mitsubishi juga baharu sahaja menerbitkan video promosi bagi trak Triton baharu mereka. Lihat sahaja di bawah!