AYER KEROH: Seorang lelaki yang juga pemandu kedua sebuah bas ekspres dicekup polis selepas didakwa mencabul seorang penumpang wanita di Ajil, Hulu Terengganu awal pagi tadi.
Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sejurus bas yang dalam perjalanan dari Kelantan berkenaan tiba di Terminal Melaka Sentral, di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian melibatkan penumpang berusia 21 tahun itu yang mendakwa dicabul ketika sedang tidur di dalam bas tersebut.
“Bas ekspres itu dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Melaka yang mana mangsa yang juga penuntut maktab perguruan di negeri ini mendakwa diraba oleh suspek semasa bas itu berhenti rehat di Ajil kira-kira jam 4 pagi.
“Apabila pihak polis menerima maklumat awal, kita terus menahan pemandu yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu sebaik sahaja bas ekspres berkenaan tiba di Melaka Sentral,” katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut katanya, penuntut wanita itu juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah jam 12 tengah hari tadi dan suspek ditahan dilokap sementara kes akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.
Kejadian berkenaan turut dikongsikan Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi video berdurasi 3 minit 41 saat di Facebook rasminya.
Beliau memaklumkan menerima pesanan mesej di Facebooknya bagi meminta bantuan berhubung kejadian berkenaan oleh seorang individu dipercayai rakan mangsa.
“Pagi tadi ketika hendak bangun Subuh saya terima pesanan mesej daripada sahabat di Facebook berhubung kejadian yang menimpa rakannya yang ingin pulang semula ke Melaka.
“Adik (mangsa) ini terlalu baik yang mana dia hendak menjerit pun takut dan dia hanya mampu menangis teresak-esak sahaja. Kemudian saya bersama beberapa rakan tunggu di Melaka ini untuk bantu selamatkan gadis ini,” katanya.
Tambah Muhamad Akmal, beliau mengambil serius isu gangguan seksual seumpama ini dan menasihati golongan wanita untuk tidak berdiam diri apabila berdepan situasi seumpama itu.
Katanya, beliau mengharapkan mana-mana pelaku jenayah seksual dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman yang setimpal.
Shuhada Abdul Kadir
Sun May 08 2022
Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sejurus bas yang dalam perjalanan dari Kelantan berkenaan tiba di Terminal Melaka Sentral, Ayer Keroh pagi tadi. - Foto Astro AWANI
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Cabul penuntut maktab perguruan, pemandu bas ekspres ditahan
Seorang lelaki yang juga pemandu kedua sebuah bas ekspres dicekup polis selepas didakwa mencabul seorang penumpang wanita di Ajil, Hulu Terengganu.