Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob akan memohon perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berhubung cadangan diadakan solat hajat di seluruh negeri Jumaat ini bagi memudahkan urusan pembebasan pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden.
Katanya, kerajaan negeri akan memohon perkenan sultan bagi meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memohon masjid di seluruh negeri berbuat demikian.
Ahmad berkata kerajaan negeri berharap rakyat Kelantan terus mendoakan agar mereka dapat kembali bersatu sebagai sebuah keluarga.
"Kita berdoa semoga ibu bapa kanak-kanak ini dapat dibebaskan," katanya ketika melawat empat beradik itu di rumah ibu saudara mereka di Kampung Wakaf Tok Wali, Peringat, di sini Isnin.
Ahmad turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada kanak-kanak tersebut dan berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan bantuan yang sesuai kepada empat beradik itu.
Empat beradik itu, Aishah Azizul Raheem, 14, dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba pukul 7.04 pagi Sabtu lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke kampung ibunya di sini pada hari sama.
Mereka kini dijaga ibu saudara mereka, Shaleena Norshal, 43.
Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isteri Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Dis lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan pula akan memantau perkembangan psikologi keempat-empat anak pasangan itu di samping membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.
Pengarahnya Md Noor Chik berkata JKM akan menghantar laporan mingguan kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga mengenai perkembangan psikologi empat beradik itu dalam tempoh mereka menyesuaikan diri.
"Antara masalah yang mungkin dihadapi kanak-kanak ini seperti hari pertama persekolahan mereka kerana masih belum mempunyai kawan, selain kurang fasih berbahasa Melayu.
"Namun saya yakin kanak-kanak ini mampu menangani masalah ini memandangkan ibu saudara mereka merupakan seorang guru dan boleh membantu mereka menyesuaikan diri," kata Md Noor ketika menyertai lawatan tersebut.
Bernama
Mon Feb 03 2014
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Anak pasangan M'sia ditahan di Sweden ikuti kelas intensif Bahasa Melayu
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar dua lagi laporan berkala kepada Wisma Putra mengenai keadaan empat beradik itu, Jumaat lepas.
Kerajaan usaha dapatkan imuniti pegawai pelancongan di Sweden
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata kerajaan akan sentiasa memastikan langkah dibuat mengikut perundangan negara berkenaan.
Azizul dan Shalwati tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya - Nazri
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menunggu keputusan perbicaraan sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengarahkannya kembali ke Malaysia atau sebaliknya.
Kes pukul anak di Sweden: Anak kenalpasti 'kayu yang berikat' sebagai objek memukulnya
Pendakwa raya telah menayangkan video temubual bersama anak bongsu pasangan tersebut yang berumur tujuh tahun, Arif.
Tourism Malaysia lantik peguam pemerhati perbicaraan kes Azizul dan Shalwati
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab kini berada di Stockholm untuk memerhati perbicaraan kes Azizul dan Shalwati.
Tuduhan dera: Peguam Shalwati mahu buktikan wujud keraguan munasabah
Peguam Shalwati bersedia membuktikan bahawa wujudnya keraguan munasabah di atas kes yang dibentangkan pendakwaraya.
Empat anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden terima berita dengan hati terbuka
Anak ketiga Azizul Raheem Awaluddin dan Norshalwati Norshal akui sedih menerima berita bahawa ibu bapa beliau akan didakwa di Mahkamah Deaerah Stolkholm.
Keluarga rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden redha dengan pendakwaan
Perbicaraan kes pasangan itu ditetapkan bermula pada 18 Februari ini dan dijangka mengambil masa 10 hari.
Empat anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden mohon tidak diganggu
Kempat-empat anak pasangan tersebut dikatakan sedih dengan berita berkenaan dan tidak ke sekolah pada Selasa.
Pasangan Malaysia di Sweden didakwa pukul anak sejak 2010
Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.