[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla ke Gaza – Perjalanan kini Semakin Hampir. Ikuti perkembangan di sini
MALAYSIA

Cadang tubuh Felo Kenegaraan, bantu rangka agenda negara bangsa - PM Anwar

Bernama 30/09/2025 | 12:00 MYT
Anwar berkata perkara itu antara agenda Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan yang dipengerusikan beliau di Perdana Putra, Putrajaya hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI berhasrat untuk menubuhkan Felo Kenegaraan bagi menghimpunkan tokoh dan pakar pelbagai bidang sebagai rakan strategik kerajaan untuk merangka agenda besar pembinaan negara bangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata perkara itu antara agenda Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan yang dipengerusikan beliau di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri berkata inisiatif itu diharap dapat terus memperkukuh latihan kenegaraan dan memperkasakan usaha pembinaan negara bangsa selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

"Penubuhan Felo Kenegaraan ialah satu inisiatif penting yang menghimpunkan tokoh daripada pelbagai latar belakang merangkumi bidang akademik, profesional, belia, kepimpinan masyarakat, seni budaya dan lain-lain.

"Melalui wadah ini, para felo bukan sahaja berperanan sebagai pemikir dan penggerak idea kenegaraan, tetapi juga sebagai rakan strategik kepada kerajaan dalam merangka agenda besar pembinaan negara bangsa," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

-- BERNAMA


#Felo Kenegaraan #agenda negara bangsa #Perdana Menteri Anwar Ibrahim #tokoh dan pakar