awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2024
11:49 MYT
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti cadangan pembangunan sistem terowong utiliti iaitu Common Utility Tunnel (CUT) sebagai usaha meningkatkan kecekapan projek penyelenggaraan utiliti bawah tanah di ibu negara.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, ini kerana pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
"Saya akan meneliti perkara itu. Kita perlu mengkaji dan membuat penyelidikan kerana Kuala Lumpur mempunyai bahagian lama dan bahagian baharu.
"Namun, saya rasa saya tidak boleh memberikan komen sekarang. Apa yang boleh saya katakan adalah kita akan meneliti perkara itu dan melakukan kajian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas sambutan Ulang Tahun ke-15 Think City di Auditorium DBKL pada Selasa.
Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disaran mempertimbangkan cadangan pembangunan sistem terowong utiliti iaitu Common Utility Tunnel (CUT) seperti digunakan di Putrajaya, sebagai usaha meningkatkan kecekapan projek penyelenggaraan utiliti bawah tanah di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata CUT di Putrajaya menyediakan perlindungan kepada infrastruktur utiliti seperti kabel elektrik, paip air dan telekomunikasi daripada kerosakan semasa pembinaan serta membolehkan akses selamat untuk penyelenggaraan.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#DBKL
#Common Utility Tunnel CUT
#Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan