NATIONAL
Cadangan bersara 65: 'Itu sekadar pandangan peribadi sahaja' - Azalina
Azalina semasa sesi soal jawab pada Sesi Town Hall dan Majlis Peluncuran AI Legal Justice Roadmap 2025-2026 dan Peta Reformasi Institusi (PetaRI) di Universiti Malaya hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menaikkan had umur persaraan daripada 60 kepada 65 tahun sekadar pandangan peribadinya sahaja, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ringkasan AI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu juga tidak mengetahui sekiranya kerajaan ingin memilih beberapa sektor sebagai langkah permulaan.
"Tidak, ia sekadar pandangan peribadi daripada pemerhatian saya, saya tidak mengetahui sekiranya kerajaan nak melihat sama ada memilih sesetengah atau semua (pekerja) atau sesetengah industri," katanya.
Malah Azalina juga menghormati pandangan dan kritikan daripada kalangan warga maya apabila laporan mengenai kenyataannya itu disiarkan pada 21 Mei.
"Saya tahu netizen ramai, ada yang suka ada yang tak suka tak apa lah ia sekadar pandangan tetapi saya dimaklumkan di Singapura dan Brunei 65 (had umur persaraan)," katanya lagi.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas hadir pada Majlis Peluncuran AI Legal Justice Roadmap 2025-2026 dan Peta Reformasi Institusi (PetaRI) di Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.
Azalina menyatakan pandangannya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan program 'Jasamu Dikenang' 2025 kementerian itu di Putrajaya, semalam.
"Mungkin kerajaan boleh pertimbang umur 65 tahun (persaraan). Ini pandangan peribadi saya, bukan pandangan Kabinet. Ada pegawai yang kami temui masih muda (jiwanya) dan aktif. Cuma mereka dah capai umur (persaraan wajib) 60 tahun," katanya.
Menurut World Economic Forum, Norway merupakan antara negara yang meletakkan had umur pada usia 67 tahun manakala Arab Saudi pula pada 47 tahun untuk usia layak bersara.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan cadangan menaikkan had umur persaraan kepada 65 tahun hanyalah pandangan peribadi, dan beliau tidak mengetahui sama ada kerajaan akan mempertimbangkan langkah tersebut untuk sektor tertentu.
- Cadangan ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen, dengan Azalina menghormati pandangan mereka, sambil menyatakan bahawa Singapura dan Brunei telah menetapkan had persaraan pada 65 tahun.
- Beberapa negara mempunyai had umur persaraan berbeza, seperti Norway pada 67 tahun dan Arab Saudi pada 47 tahun, menunjukkan variasi dalam dasar persaraan di peringkat global.