awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan bina 105 struktur telekomunikasi baharu dalam peringkat akhir kelulusan

Bernama
Bernama
28/12/2022
04:42 MYT
Cadangan bina 105 struktur telekomunikasi baharu dalam peringkat akhir kelulusan
Perak bakal memiliki 105 pencawang telekomunikasi baharu di bawah inisiatif JENDELA yang diperkenalkan kerajaan pusat, dalam tempoh dua tahun untuk meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan jalur lebar di negeri itu. - Gambar hiasan
IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dimaklumkan, cadangan pembinaan 105 struktur telekomunikasi baharu terutamanya di kawasan luar bandar, sedang dalam peringkat akhir kelulusan sebelum dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Mohd Azlan Helmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengemukakan cadangan tersebut yang turut dimajukan kepada rakan strategik kerajaan negeri untuk dikemukakan kepada pihak penyedia perkhidmatan bagi tujuan cadangan penempatan struktur telekomunikasi komersial.
"Sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri bersama-sama penyedia perkhidmatan telco sedang bekerjasama erat untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian selular di kawasan luar bandar termasuk merancang penyediaan menara telekomunikasi baharu.
"Ia dilaksanakan sama ada melalui inisiatif komersial penyedia perkhidmatan atau melalui pembiayaan di bawah inisiatif Dana Penguntukan Perkhidmatan Sejagat bagi mengatasi masalah kualitiperkhidmatan di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan berpenduduk," katanya.
Sewaktu penggulungan portfolio bagi Rang Undang-Undang (Enakmen) Perbekalan Perak 2023 hari ini, Mohd Azlan berkata kerajaan negeri juga telah mencadangkan kepada pihak penyedia perkhidmatan melalui MCMC bagi menambahkan kapasiti liputan dan mengoptimumkan rangkaian liputan di kawasan terjejas.
Jelasnya, ini termasuklah dengan menambah kapasiti jalur lebar dan melaksanakan penyelenggaraan tapak struktur telekomunikasi dengan lebih kerap bagi mengurangkan gangguan perkhidmatan.
Dilapor pada April tahun lepas, Perak bakal memiliki 105 pencawang telekomunikasi baharu di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang diperkenalkan kerajaan pusat, dalam tempoh dua tahun untuk meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan jalur lebar di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak
#telekomunikasi
#MCMC
#JENDELA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan