awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan daftar automatik pengundi cecah 21 tahun masih dikaji - Setiausaha SPR

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2014
06:02 MYT
Cadangan daftar automatik pengundi cecah 21 tahun masih dikaji - Setiausaha SPR
ABDUL GHANI: Cadangan daftar automatik pengundi cecah 21 tahun masih dikaji. -Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih di peringkat semakan dan kajian berhubung cadangan pendaftaran pemilih secara automatik melalui sistem dalam talian ke atas rakyat Malaysia yang mencecah umur layak mengundi 21 tahun.
Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya masih meneliti cadangan itu dengan beberapa pertimbangan dengan melihat kepada keadaan sebenar landskap pilihan raya negara.
"Kita lihat beberapa keadaan sebelum buat rumusan. Ia memang di peringkat semakan dan kajian mengenainya dilakukan dengan teliti.
"Ia memerlukan satu kajian mendalam. Memang ia sudah dikemukakan dahulu namun untuk mempraktikkannya memang memerlukan dapatan serta pandangan pelbagai pihak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Ghani mengulas kenyataan Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mempersoalkan kenapa cadangan pendaftaran pemilih secara automatik melalui sistem dalam talian belum lagi dilaksanakan ke atas rakyat Malaysia yang mencecah umur layak mengundi 21 tahun.
Kata Abdul Ghani, cadangan itu pernah dikemukakan kepada kerajaan oleh SPR semasa dia mempengerusikan suruhanjaya berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini pernah menyatakan kerajaan turut mempertimbang untuk mengadakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih lagi belum membuat keputusan tentangnya selain mengatakan cadangan mewajibkan semua rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk mengundi adalah tidak praktikal.
Dalam pada itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini turut memberitahu, UMNO mensyaratkan permohonan baru untuk menjadi ahli parti bagi mereka yang berusia 21 tahun ke atas mestilah terlebih dahulu berdaftar sebagai pengundi.
Ia bagi memastikan parti diperkasakan memandangkan terdapat kira-kira 400,000 ahli UMNO tidak berdaftar sebagai pemilih.
Jabatan Pilihan Raya Pemuda dan Muslimat PAS Malaysia yang menubuhkan Jawatankuasa Auto 21 sebelum ini juga pernah menyerahkan memorandum kepada kerajaan, menggesa pendaftaran pengundi secara automatik pada umur 21 tahun dilaksanakan dengan segera.
Selain dijangka mampu meningkatkan peratusan keluar mengundi, ia dilihat lebih mudah dengan kerjasama dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan data warganegara yang sudah mencapai umur 21 tahun.
Topic Berkaitan
#21
#JPN
#najib
#PAS
#pengundi
#setiausaha
#SPR
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan