Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia menimbangkan cadangan untuk menggunakan dron bagi meninjau aktiviti pencerobohan nelayan asing di perairan negara, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata jika kaedah itu dilihat efektif, kementerian akan berbincang dengan pihak berkuasa berkaitan bagi melaksanakannya.
"Kita sedang buat kajian, mungkin kita cuba guna dron sebagaimana yang dicadangkan YB Kuala Terengganu untuk bantu kita pantau aktiviti nelayan asing," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.
Terdahulu, semasa sesi perbahasan, Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membangkitkan isu keselamatan nelayan-nelayan tempatan yang terancam apabila berdepan dengan kapal-kapal penceroboh terutamanya nelayan dari Vietnam.
Beliau juga mendakwa penguatkuasaan agensi berkaitan tidak berkesan selain aduan nelayan tempatan tidak dilayan.
Mengulas lanjut, Tajuddin berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bukanlah satu-satunya pihak yang memantau perkara berkenaan sebaliknya ia bekerjasama dengan agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Laut Malaysia bagi memastikan penguatkuasaan diperketatkan.
"Setakat ini, bot-bot dipasang dengan Mobile Tracking Unit (MTU) dan Automatic Identification System (AIS) bagi memantau pergerakan nelayan-nelayan ini," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai cadangan mengkaji semula Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) sebagai pengimport tunggal beras negara, beliau berkata prestasi syarikat berkenaan sentiasa dipantau kerajaan dari semasa ke semasa.
Ini bagi memastikan ia menjalankan tanggungjawab sosial termasuk menjamin belian padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan mengurus serta mengekalkan stok penimbal negara pada paras kuantiti ditetapkan kerajaan.
Menurutnya Malaysia telah mencapai Tahap Sara Diri (SSL) 70 peratus sejak tahun 2010 dan sehingga kini SSL negara adalah pada kadar 71.4 peratus.
"Import beras tahunan pada 2014 adalah sebanyak 863,358 tan metrik dengan nilai RM1.6 bilion.
"Jumlah import beras pada tahun lepas adalah sebanyak 960,830 tan metrik dengan nilai RM1.8 bilion dan sehingga Jun tahun ini, jumlah import beras yang direkodkan adalah 403,227 tan metrik dengan anggaran nilai RM700 juta," katanya.
Antara usaha yang dilakukan bagi meningkatkan tahap SSL negara adalah dengan membuka jelapang padi baharu seperti di Pekan, Rompin, Kota Belud dan Batang Lupar, selain mengguna benih sah dan menggalakkan pesawah mengamalkan pertanian baik. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2016
Jika kaedah itu dilihat efektif, kementerian akan berbincang dengan pihak berkuasa berkaitan bagi melaksanakannya. - Foto REUTERS/Charles Platiau/Files
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Dron Israel dilapor lakukan intipan di Beirut
Dron Israel terbang pada ketinggian sederhana dan rendah hampir sepanjang hari di Beirut.
Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.
Pesawah guna teknologi dron mampu jimatkan masa, kurangkan tempoh masa bekerja
Penggunaan teknologi dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dalam sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam kalangan petani moden.
Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani
Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab (JAF) akan menggunakan semua keupayaannya untuk melindungi negara dan memastikan keselamatan rakyatnya.
Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China
Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.
Amaran serangan udara di pelbagai kawasan di Ukraine
Sekitar 15 wilayah terjejas, termasuk Mykolaiv di selatan dan Dnipropetrovsk di tengah Ukraine.
Korea Utara dakwa 1.4 juta orang muda sertai tentera minggu ini
Dakwaan itu dibuat semasa ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak.
Giliran Houthi lancar peluru berpandu ke tengah Israel
Israel mendakwa telah memintas peluru berpandu yang disasarkan ke kawasan itu dari Yaman.
Rusia lapor tembak jatuh 125 dron Ukraine
Pertahanan udara Rusia telah menembak jatuh 125 dron Ukraine, menurut Kementerian Pertahanan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).