awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan hapus UPSR: KPM muktamadkan tahun depan - Mahdzir Khalid

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/11/2016
03:52 MYT
Cadangan hapus UPSR: KPM muktamadkan tahun depan - Mahdzir Khalid
Cadangan transformasi pendidikan negara itu timbul lantaran Kerajaan melihat sistem pendidikan negara terlalu berpaksikan peperiksaan. - Gambar fail
Cadangan untuk menghapuskan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau tidak hanya akan dimuktamadkan pada tahun depan.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, buat masa kini pihaknya masih lagi membuat analisis berasakan pandangan yang dikemukakan pihak berkepentingan termasuk ahli akademik.
"Kita masih lagi membuat kajian di peringakat Kementerian dan belum dikemukakan kepada Kabinet. Sama ada kita akan hapus atau tidak (UPSR) hanya akan diumumkan pada tahun depan.
"Analisis pandangan ini meliputi pelbagai pihak termasuk para profesor dan ramai lagi. Saya juga pergi ke Perancis untuk melihat sendiri sistem pendidikan di negara itu," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat di sini hari ini.
Cadangan transformasi pendidikan negara itu timbul lantaran Kerajaan melihat sistem pendidikan negara terlalu berpaksikan peperiksaan.
Menurutnya, analisis cadangan tersebut hanya dilaksanakan di peringkat kementerian dan belum dikemukakan ke Kabinet.
Tambahnya, antara negara luar yang menjadi penanda aras kepada Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk Korea Selatan, Perancis dan Finland.
Topic Berkaitan
#Mahdzir Khalid
#pelajar sekolah
#sistem pendidikan rendah
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan