MALAYSIA
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
Fadil menasihatkan orang ramai agar tidak membangkitkan isu berkaitan 3R (raja, agama dan kaum) yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Desakan supaya kerajaan mengambil tindakan terhadap isu mengenai rumah ibadat wajar dibuat melalui saluran tepat tanpa mengganggu ketenteraman awam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata kaedah lebih sesuai perlu digunakan supaya kerajaan dapat mendengar dan melaksanakan cadangan tersebut.
Kenyataan itu dibuat semasa sidang media berkenaan penahanan melibatkan 19 peserta Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang diadakan di ibu negara malam semalam.
“Sebarang cadangan daripada gerakan ini patut diketengahkan melalui saluran atau cara yang lebih sesuai, jangan timbulkan apa-apa gangguan keteteraman awam,” katanya ketika sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.
Pada masa sama, Fadil menegaskan polis akan bertindak dan memberi kerjasama sekiranya diarahkan mahkamah berhubung isu itu.
Menurutnya, pihak polis tidak akan berlengah dan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang yang diperuntukkan.
“Sekiranya ada berlaku pembinaan rumah ibadat di tanah yang tidak dibenarkan, pihak polis akan memberi kerjasama penuh, seperti melalui court order untuk menyuraikan atau mengambil tindakan,” katanya.
Fadil turut menasihatkan orang ramai agar tidak membangkitkan isu berkaitan 3R (raja, agama dan kaum) yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
“Kita menasihatkan supaya orang ramai tidak meneruskan perhimpunan sebegini… ini adalah untuk kesejahteraan negara kita,” katanya lagi.