awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
26/01/2024
06:36 MYT
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara prinsipnya beliau sudah bersetuju dengan cadangan pemansuhan skim pencen terhadap penjawat awam.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara prinsipnya beliau sudah bersetuju dengan apa saja keputusan untuk penjawat awam turut terpakai kepada ahli politik.
Begitupun, tegas beliau, ia hanya akan dimuktamadkan selepas kajian selesai dan juga selepas Jemaah Menteri membuat keputusan.
“Keputusan yang terpakai kepada penjawat awam akan terpakai juga kepada ahli-ahli politik.
“Maknanya kalau kita mula pada 1 Februari 2024, semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka itu juga sama untuk semua pelantikan ahli politik. Jadi ada orang kata mengapa tidak ahli politik? Tidak.
“Soal yang lain, ada yang pernah jadi Menteri Besar, kemudian jadi Menteri, Timbalan Perdana Menteri, itu peruntukan dalam Perlembagaan.
“Kita boleh kaji tapi kita tak boleh ke belakangkan retrospektif. Untuk yang baharu, kita boleh kaji,” katanya.
Tambah beliau, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung isu tersebut dan akan disusuli oleh beliau.
“Ada banyak kekeliruan. Semua kerajaan daripada Perdana Menteri sebelumnya sampai sekarang, semua menyatakan bahawa mana-mana negara…dengan kedudukan ekonomi begini, tidak mungkin bertahan kalau tidak ada sesuatu yang dilakukan.
“Jadi, dengar dulu cadangan dikemukakan, bahas dulu, teliti, bagi pandangan. Apa yang sesuai dilakukan kerajaan akan dilakukan dan kemudian kita akan muktamadkan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media sebelum makan tengahari bersama rakyat di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pada Rabu, Kabinet dilaporkan bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, namun golongan yang baharu dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baharu kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam. -ENDS-
Topic Berkaitan
#pencen
#penjawat awam
#Anwar Ibrahim
#ahli politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan