awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan mengiktiraf UEC dipertikai Pemuda UMNO

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2016
13:31 MYT
Cadangan mengiktiraf UEC dipertikai Pemuda UMNO
SHAHRIL: Jika benar segelintir ibu bapa berpendirian berkenaan, maka mereka bebas untuk memilih sistem tersebut tetapi tidak bermakna kerajaan perlu secara aktif menyokong dan mendorong pilihan tersebut dengan mengiktiraf sijil UEC. - Gambar fail
Langkah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dikhuatiri akan mengeruhkan lagi keadaan dan meletakkan Malaysia lebih jauh dari penyelesaian jangka panjang terhadap langkah memperkukuh perpaduan melalui persekolahan, jelas Exco Pemuda Pergerakan UMNO Malaysia Shahril Hamdan.
Malah Pengerusi Gerakan Sistem Sekolah Satu Aliran Demi Perpaduan (SERAP) itu turut mendesak Timbalan Menteri Pendidikan II Chong Sin Woon supaya memberi penjelasan apakah sebenar rancangan yang telah diputuskan kerajaan mengenai status pelaksanaan UEC.
Terdahulu, akhbar The Star melaporkan kenyataan Sin Woon yang menyatakan bahawa kerajaan bakal mengiktiraf UEC dalam masa terdekat setaraf dengan peperiksaan awam seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
“SERAP ingin menegaskan sekali lagi pendiriannya sejak awal, bahawa kewujudan beberapa aliran persekolahan di Malaysia bukan menjadi satu aset kekuatan Malaysia, sebaliknya memecahkan rakyat mengikut strata dan kaum, dari peringkat awal lagi – apatah lagi dengan UEC yang membabitkan lebih 80 ribu pelajar di sekolah menengah persendirian Cina,” jelasnya dalam satu kenyataan.
SERAP juga mempertikaikan pelaksanaan UEC yang dicedok dari Taiwan dan dikelolakan oleh Dong Zong, sebuah badan pendesak pendidikan Cina.
“Kewujudan sekolah persendirian Cina yang menggunakan sukatan pelajaran import dari Taiwan ini sudah pasti tidak membantu perpaduan, tetapi barangkali ada pihak akan mengatakan bahawa ia adalah hak ibu bapa untuk memilih sekolah mana yang sesuai untuk menghantar anak mereka.” jelasnya.
Shahril berpendapat, jika benar segelintir ibu bapa berpendirian berkenaan, maka mereka bebas untuk memilih sistem tersebut tetapi tidak bermakna kerajaan perlu secara aktif menyokong dan mendorong pilihan tersebut dengan mengiktiraf sijil UEC.
“Jika ada pihak seperti Senator Chong yang tetap mahu memperjuangkan kebaikan sistem UEC maka itu adalah hak demokrasi mereka tetapi usah mohon sokongan Kerajaan,” tegasnya.
Topic Berkaitan
#Gerakan Sistem Sekolah Satu Aliran Demi Perpaduan
#SERAP
#Sijil Peperiksaan Bersepadu
#UEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan