MALAYSIA
Cadangan Mydin hapuskan STR, kembangkan SARA terima pelbagai reaksi
Cadangan Ameer Ali agar Kerajaan menghapuskan terus bantuan STR, dan terus disalurkan kepada SARA mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat. - Gambar hiasan/Dagang News
KUALA LUMPUR: Cadangan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin agar kerajaan menghapuskan terus bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan terus disalurkan kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat.
Sewaktu bersiaran dalam Dialog Poket Rakyat, Astro AWANI pada Jumaat, beliau berkata, inisiatif SARA lebih baik kerana bantuan kerajaan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas, selain meminimumkan risiko untuk disalah guna.
Bagaimanapun rata-rata pengguna media sosial melihat barangan yang boleh dibeli melalui SARA adalah terhad kepada jenis dan jenama tertentu, selain tidak semua kedai atau pasaraya tersenarai sebagai lokasi pembelian.
“Saya tak setuju dengan kenyataan Datuk. Inisiatif kerajaan bantu rakyat melalui STR ini sangat membantu … banyak kebaikan STR ini. Kalau SARA, ia terhad dan rakyat tak boleh beli semua jenis barang, ada jenama (tertentu) sahaja boleh beli.
“Saya sarankan Datuk tolong bila bersuara berkenaan hal ini, cuba bagi pandangn sebagai rakyat yang menerima (kedua-dua) STR dan SARA semua ini. Bukan bagi pandangan sebagai ahli perniagaan atau orang-orang yang berkemampuan.
“Sebab STR dan SARA ini adalah usaha kerajaan untuk membantu rakyat, Jadi jangan suarakan kenyataan yang bercanggah kalau Datuk bukan daripada golongn yang kurang berkemampuan. Just let the government handle whatever they can to help the people who in need,” kata pengguna yang dikenali sebagai Aisyah Ali.
Bagi pengguna yang dikenali sebagai Cik Sharifah, dia melihat bantuan SARA lebih menjejaskan peniaga kecil, terutamanya pengusaha kedai runcit.
“Sebab hanya pasaraya terpilih sahaja yang boleh digunakan. Kalau nak bagi bantuan, lebih baik teruskan je dalam bentuk STR. Biarlah pengguna sendiri yang tentukan untuk keperluan masing-masing,” katanya lagi.
Untuk rekod, STR adalah bantuan tunai langsung yang dikreditkan ke akaun bank penerima atau dibayar secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional, dan lebih tertumpu kepada golongan B40 dan M40.
Manakala melalui bantuan SARA, dana untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan minuman, disalurkan melalui MyKad dan hanya boleh digunakan di kedai runcit terpilih yang berdaftar dengan MyKasih.
Ia lebih tertumpu kepada penerima STR yang dikategorikan sebagai miskin atau miskin tegas di bawah sistem eKasih.
Sebanyak RM13 bilion telah diperuntukkan oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2025 bagi inisiatif berkaitan, peningkatan sebanyak RM3 bilion berbanding belanjawan sebelumnya.
Dalam pada itu, pengguna yang dikenali sebagai Imran Sulaman berpandangan pelaksanaan SARA adalah lebih baik berbanding STR.
“SARA hanya boleh digunakan untuk barangan terpilih di pasaraya, betul memang ia tak boleh (digunakan untuk) beli barang basah, tapi tetap boleh guna untuk barangan asas.. dan barangan barangan tersebut meningkatkan ekonomi negara semula.
“STR saya nampak lebih bebas, memang bagus sebab ada yang boleh guna untuk beli barangan dalam talian. Tetapi adakah semuanya memberi sumbangan kepada negara balik? Bila beli barangan import, tidak ke duit tu menguntungkan negara luar? Tapi ni sekadar pendapat peribadi,” katanya lagi.
Setakat ini terdapat 14 kategori untuk barangan di bawah inisiatif SARA, antaranya – beras; roti; telur; minyak masak; tepung; makanan dalam tin; bahan perasa seperti gula, garam, kicap dan sos; ubat-ubatan ringan; keperluan sekolah; dan kategori terbaharu iaitu barangan kebersihan rumah.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini berkata bahawa kerajaan komited untuk terus menambah baik dan memperluas kategori barangan berdasarkan maklum balas rakyat dan keperluan semasa.