awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan naik taraf lesen motosikal B2 kepada B secara automatik dibawa ke MoT - Zahid

Bernama
Bernama
27/08/2023
05:25 MYT
Cadangan naik taraf lesen motosikal B2 kepada B secara automatik dibawa ke MoT - Zahid
JPJ mengklafikasikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250 cc manakala kelas B melibatkan motosikal melebihi 500 cc. - Gambar hiasan
PEKAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan (MoT) untuk diteliti terlebih dahulu.
Beliau berpendapat tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.
"Saya tidak fikir ujian memandu (diperlukan) kerana mereka pemandu (penunggang) yang berpengalaman, dan saya juga fikir mereka tidak memerlukan syarat-syarat ketat.
"Saya akan kemukakan kepada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook) dahulu, saya tidak fikir ini satu masalah kerana ia merupakan isu pentadbiran sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka 66 di sini, hari ini.
Majlis pelepasan melibatkan lebih 238 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada ahli Superbikers Association Malaysia (S.A.M) itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Presiden S.A.M Datuk Abdul Halim Suleiman.
Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) mengklafikasikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250 cc manakala kelas B melibatkan motosikal melebihi 500 cc.
Terdahulu, Abdul Halim menyerahkan kertas cadangan bagi menaik taraf lesen memandu kelas B2 kepada B secara automatik bagi penunggang motosikal yang tidak melakukan kesalahan jalan raya serius dalam tempoh tiga tahun selepas mendapat lesen B2.
Sementara itu, dalam ucapannya Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Eksekutif S.A.M berkata cukai import untuk motosikal berkuasa tinggi masih tinggi, dan beliau yakin belanjawan yang menyentuh perkara berkenaan sedang disediakan.
Program Kembara Merdeka 66 sejauh 1,366 kilometer itu bermula hari ini sehingga 31 Ogos, yang akan menjelajahi Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Kembara Merdera hasil cetusan idea Ahmad Zahid itu bertujuan menzahirkan semangat patriotik selain menyemarakan ikatan silaturahim antara pemilik motosikal berkuasa tinggi, penduduk kampung dan penunggang motosikal dalam kalangan golongan muda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#lesen motosikal
#Kelas B
#motosikal berkuasa besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan