MALAYSIA
Cadangan naikkan had usia pengguna media sosial kepada 16 tahun dibincang di Singapura - Fahmi
Fahmi berkata cadangan menaikkan had umur itu dipersetujui secara dasar dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada Jumaat. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengusulkan cadangan menaikkan had umur minimum pengguna media sosial kepada 16 tahun dalam pertemuan bersama pengendali platform media sosial dan e-dagang di Singapura minggu depan.
Ringkasan AI
Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, cadangan itu dipersetujui secara dasar dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada Jumaat.
"Mesyuarat Jemaah Menteri turut membincangkan hasrat untuk menaikkan had umur pengguna media sosial daripada 13 tahun kepada 16 tahun.
"Langkah ini selaras dengan pendekatan yang sedang diambil beberapa negara lain termasuk Australia dan Indonesia,” katanya pada sidang media mingguan selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini, pada Jumaat.
Fahmi menjelaskan, selain MCMC, perbincangan itu akan turut dihadiri wakil daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Siasatan Jenayah juga wakil dari Pusat Pencegahan Jenayah Nasional (NFCC) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC).
Beliau berkata, pelaksanaan cadangan tersebut akan diteliti melalui kaedah pendaftaran rasmi menggunakan MyKad dan Digital ID, bagi memastikan identiti pengguna dapat disahkan serta penggunaan platform media sosial dapat dikawal dengan lebih berkesan.
Sementara itu, Fahmi berkata MCMC juga akan membangkitkan isu kawalan terhadap pengendali platform media sosial dan e-dagang yang membenarkan penjualan bahan berbahaya seperti senjata.
Beliau memberitahu, pertemuan itu bukanlah diadakan berikutan beberapa kes yang berlaku di sekolah sejak akhir-akhir ini, sebaliknya sudah diatur susulan beberapa mesyuarat yang diadakan pihaknya dengan pengendali platform sejak beberapa minggu lalu.
Ringkasan AI
- MCMC cadang naikkan had umur minimum pengguna media sosial kepada 16 tahun, selaras dengan langkah negara lain seperti Australia dan Indonesia.
- Pelaksanaan dicadang melalui pendaftaran rasmi MyKad dan Digital ID bagi mengesahkan identiti pengguna serta kawal penggunaan platform.
- Isu keselamatan lain turut dibincang, termasuk kawalan terhadap penjualan bahan berbahaya di platform media sosial dan e-dagang.