KUALA LUMPUR: Cadangan untuk memendekkan tempoh mengerjakan haji terutamanya bagi jemaah muassasah tidak dapat membantu Tabung Haji (TH) mengurangkan kos bagi menunaikan ibadah berkenaan, malah hanya akan menaikkan kos.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata dengan memendekkan tempoh, ia akan menyebabkan jemaah haji untuk menginap di Mekah dan Madinah semasa waktu kemuncak haji, sekali gus menyumbang kepada kenaikan kos.
"Bagi pakej jemaah haji muassasah yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji, tempoh mereka ada di tanah suci adalah antara 40 hingga 45 hari.Tempoh ini (turut) mengambil kira jadual penerbangan carter yang diluluskan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
"Secara amnya dengan memendekkan tempoh pakej muassasah, ini bermakna jemaah haji yang akan ke Arab Saudi akan mula menginap di Mekah dan Madinah pada waktu puncak iaitu harga tiket penerbangan dan sewaan bangunan adalah amat tinggi," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.
Ia bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Mohd Hisham Yahaya yang bertanya sama ada kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan untuk mengkaji semula tempoh ibadah haji bagi mengurangkang kos menunaikan ibadah itu.
Menurut Mohd Na'im TH telah berusaha untuk mengawal kenaikan kos ini dengan perjanjian kontrak jangka panjang yang telah dimeterai bersama beberapa pihak di Arab Saudi membabitkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan pelbagai perkhidmatan lain.
Katanya dengan cara itu harga dapat ditetapkan untuk satu tempoh masa dan tidak dinaikkan setiap tahun.
Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah meningkat kepada RM30,850 tahun ini berbanding RM28,623 tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023
Mohd Na'im (foto) berkata dengan memendekkan tempoh, ia akan menyebabkan jemaah haji untuk menginap di Mekah dan Madinah semasa waktu kemuncak haji, sekali gus menyumbang kepada kenaikan kos. -Gambar fail/Bernama
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Institusi pendidikan pondok perlu tambah nilai kemahiran vokasional, teknikal - Mohd Na'im
Institusi Pendidikan Pondok harus ditambah nilai melalui aspek kemahiran kendiri dalam bidang vokasional dan teknikal kepada para pelajar.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Sebanyak 88 peratus calon lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.
Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, JAKIM panggil pihak berkaitan esok
JAKIM telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
300,000 al-Quran terjemahan dicetak, diedar ke beberapa negara sejak tahun lepas
Sebanyak 300,000 naskhah al-Quran terjemahan dalam pelbagai bahasa telah diedarkan ke beberapa negara oleh kerajaan.
Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus
Mohd Na'im berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.
Mohd Na'im dibenar pulang, jalani rawatan di rumah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar telah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.
PM ziarah Menteri Agama terima rawatan di Hospital Putrajaya
Perdana Menteri meluangkan masa menziarahi Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya.