Cadangan perjalanan sempena cuti panjang

Astro Awani
Disember 21, 2015 08:00 MYT
Pihak PLUS telah mengeluarkan cadangan bagi kenderaan memasuki jalanraya sempena cuti akhir tahun.
Menjelang cuti sambutan Maulidur Rasul (24 Dis), Krismas (25 Dis) dan Tahun Baru 2016, pihak PLUS telah mengeluarkan cadangan perjalanan balik kampung bagi yang akan pulang. Jadual ini adalah bagi perjalanan antara 18 Dis, 2015 sehingga 3 Jan, 2016.
Jadual ini memberI cadangan waktu terbaik bagi kenderaan menggunakan jalan raya secara berperingkat. Antara bandar-bandar utama yang terlibat adalah Kangar, Kepala Batas, Tanjung Malim, Ipoh dan Taiping.
Cadangan ini bertujuan mengurangkan kesesakan lalulintas yang mungkin terjadi sempena cuti panjang ini.
#cadangan #kesesakan #lalulintas #perjalanan #PLUS