awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan tambang baharu akan dikemuka tahun depan - SPAD

Bernama
Bernama
18/10/2013
10:22 MYT
Cadangan tambang baharu akan dikemuka tahun depan - SPAD
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengemukakan kertas cadangan kadar tambang baharu perkhidmatan teksi untuk seluruh Semenanjung kepada Kabinet pada suku pertama tahun depan berikutan kenaikan pelbagai kos pada masa ini.
Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kadar baharu itu akan ditentukan selepas SPAD mengambil kira hasil kajian, melakukan semakan secara holistik serta mendapatkan input serta maklum balas daripada pihak terlibat dalam sektor itu.
"Kadar itu juga mengambil kira komponen teksi iaitu kenderaan, peralatan, bahan api, penyenggaraan, 'overhead' dan kos buruh selain kos sara hidup dan kualiti perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi - Kajian Kadar Tambang Teksi hari ini.
Program itu dihadiri wakil persatuan-persatuan pemandu teksi, persatuan pengguna, aktivis masyarakat serta kementerian pengangkutan dan pelancongan.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.
Syed Hamid berkata kali terakhir kadar tambang teksi dinaikkan ialah pada 2009.
Dalam pada itu, beliau berkata kira-kira 13,000 teksi bandar merangkumi teksi Bajet, Eksekutif dan Premier akan melalui pelan migrasi menjadi Teksi 1Malaysia (TEKS1M) menerusi Inisiatif Penambahbaikan Teksi (2013-2015) dalam Pelan Transformasi Industri Teksi.
"Kami jangka kira-kira 7,500 TEKS1M yang menggunakan Proton Exora akan beroperasi sepenuhnya pada 2015," katanya.
Justeru, beliau berharap kerajaan dapat menimbangkan peruntukan sesuai untuk pelaksanaan TEKS1M dalam Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Okt ini.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 60,000 pemandu teksi di Semenanjung Tanah Melayu.
Topic Berkaitan
#kabinet
#kadar tambang
#SPAD
#syed hamid
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan