awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan umur persaraan 65 tahun wajar dipertimbang – PM Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
22/05/2025
09:01 MYT
Cadangan umur persaraan 65 tahun wajar dipertimbang – PM Anwar
Perdana Menteri bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Hadiah Bahasa 2025, di sini, pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 kepada 65 tahun wajar diberikan perhatian dan pertimbangan.

Ringkasan AI
  • Cadangan menaikkan umur persaraan wajib kepada 65 tahun masih dalam kajian oleh agensi berkaitan, sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan lanjut.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan perlunya kajian menyeluruh, termasuk implikasi kewangan, jumlah penduduk, dan peluang pekerjaan baharu, sebelum sebarang keputusan dibuat.
  • Menteri Azalina Othman Said menyokong cadangan tersebut, dengan alasan bahawa usia 60 tahun masih produktif, dan boleh terus menyumbang kepada tenaga kerja

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu akan dikaji terlebih dahulu oleh agensi berkaitan sebelum dibentang dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“Belum dibawa ke Kabinet, selalu kertas cadangan ini akan dibincang, kemudian akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
“Biar mereka kaji dulu, tengok implikasinya, kewangan, jumlah penduduk, peluang pekerjaan baharu, banyak implikasinya.
“Sebab itu cadangan ini wajar diberi perhatian dan pertimbangan. Biar agensi terlibat buat kajian dari segi peluang pekerjaan, kos dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Hadiah Bahasa 2025, di sini, pada Khamis.
Pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cadangan itu wajar dipertimbang kerana usia 60 tahun dianggap masih muda, produktif serta berupaya menyumbang kepada tenaga kerja.
Di Malaysia, persaraan wajib bagi penjawat awam pada masa ini ditetapkan pada usia 60 tahun.
Ini juga usia persaraan minimum bagi pekerja sektor swasta di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#umur persaraan wajib
#Azalina Othman Said
#mesyuarat jemaah menteri
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan