Kementerian Pendidikan akan meneruskan cadangan untuk mewujudkan jawatan baharu yang dikenali sebagai 'pembantu guru' yang berperanan membantu guru-guru di negara ini melaksanakan kerja pentadbiran.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata sekarang ini, guru-guru terbeban dengan kerja sampingan berkenaan dan mengganggu mereka melakukan tugasan hakiki untuk mengajar di sekolah masing-masing.
Katanya, pihaknya akan berbincang dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) bagi membincangkan pelaksanaan dan tugasan pembantu guru ini.
"Pihak kementerian akan bertemu dengan NUTP dalam masa terdekat ini bagi membincangkan masalah (bebanan) guru yang terpaksa melakukan tugasan yang bukan sepatutnya.
"Ada sesetengah guru yang terpaksa mengisi pelbagai jenis borang yang semua ini sebenarnya merupakan kerja di bahagian pentadbiran dan dalam masa yang sama kami juga akan cuba mengurangkan jenis borang yang perlu diisi oleh para guru ini," katanya pada Majlis Pertemuan Dengan Warga Pendidik Daerah Kluang, di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, petang Ahad.
Dalam perkembangan yang lain, pihaknya juga akan mengkaji cadangan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di peringkat sekolah menengah setelah mendengar cadangan daripada pelbagai pihak.
Katanya, melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati ada sesetengah pelajar di sekolah menengah pergi ke sekolah tanpa bersarapan kerana kurang berkemampuan.
"Ia satu cadangan yang bagus...kita akan cuba laksanakannya.
"Kami akan kaji cadangan ini dan jika ia bersesuaian kami akan luaskan program RMT di peringkat sekolah menengah pula agar pelajar yang kurang mampu ini tidak berlapar ketika menuntut ilmu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 18 2018
Cadangan untuk mewujudkan jawatan baharu yang dikenali sebagai 'pembantu guru'
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Cuaca panas: KPM nasihat murid, pelajar sekolah minum air secukupnya
Kementerian Pendidikan menasihatkan semua murid dan pelajar sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar supaya minum air secukupnya serta memakai pakaian seragam sekolah yang bersesuai susulan kead
3,038 sekolah kurang murid tahun ini, tiada yang ditutup - Wong
Sebanyak 3,038 sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid iaitu kurang daripada 150 pelajar pada tahun ini.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.
Aspek keselamatan, kesalinghubungan internet intipati perbincangan dua kementerian - Fadhlina
Aspek keselamatan kanak-kanak dalam talian antara dibangkitkan pada perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan, semalam.
Tiada keperluan beri pihak swasta kendali program Sijil Vokasional Malaysia - KPM
Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini.
Sistem PADU penting untuk bantu kerajaaan rangka program manfaatkan rakyat - Mohd Uzir
Keperluan untuk mendaftar dengan sistem PADU penting supaya kerajaan dapat merangka program yang boleh dilaksanakan dengan berkesan bagi memberi manfaat kepada rakyat.
Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
Kadar keciciran murid catat trend penurunan - KPM
KPM turut menjalankan program 'outreach' murid cicir di semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama komuniti setempat.
Guru wanita berdepan hukuman jika dakwaan cabul murid benar - Fadhlina
Beliau berkata buat masa ini guru berkenaan tidak dibenarkan berurusan dengan mana-mana murid sehingga siasatan selesai.
Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM
KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.