MALAYSIA
Cahaya Deepavali simbol kebenaran, keadilan dan penolakan rasuah - PM Anwar
Anwar berkata, semangat cahaya yang menjadi lambang perayaan itu perlu diterjemahkan dalam tindakan bersama rakyat pelbagai kaum untuk menyelamatkan Malaysia daripada gejala rasuah. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat sambutan Deepavali bukan sekadar perayaan cahaya, tetapi simbol perjuangan menolak kegelapan rasuah, penindasan dan ketamakan yang merosakkan negara.
Anwar berkata, semangat cahaya yang menjadi lambang perayaan itu perlu diterjemahkan dalam tindakan bersama rakyat pelbagai kaum untuk menyelamatkan Malaysia daripada gejala rasuah.
“Hari ini, kita harus bersama untuk menyelamatkan Malaysia dari rasuah dan ketamakan, barulah ada makna cahaya Depavali ini.
“Cahaya ini kebenaran, keadilan dan kebaikan… menolak kegelapan, rasuah dan penindasan… ini erti sambutan Deepavali,” katanya ketika berucap pada Sambutan Rumah Terbuka Deevapali MADANI 2025 di Brickfields, hari ini.
Beliau menegaskan kerajaan kini sedang melaksanakan reformasi bagi memperkukuh keupayaan dan tadbir urus negara, termasuk mengembalikan dana yang diseleweng sebelum ini.
“Dalam dua tahun lepas, kita rampas balik RM15.5 bilion... itu hasil kerja keras kerajaan untuk pastikan wang rakyat dikembalikan,” katanya.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]