awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caj levi bagi import sisa plastik dilaksana bulan depan - Zuraida

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
25/09/2018
09:27 MYT
Caj levi bagi import sisa plastik dilaksana bulan depan - Zuraida
ZURAIDA: Caj levi itu dilaksanakan sebagai usaha mengekang pengusaha membawa plastik yang tidak boleh dikitar semula masuk ke negara ini. -Astro AWANI
Caj levi sebanyak RM15 akan dikenakan kepada pengusaha yang akan memohon permit import (AP) bagi sisa plastik berkuat kuasa Oktober ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu akan dilaksanakan selepas pembekuan permit itu berakhir bulan depan.
Katanya, tindakan mengenakan caj levi itu merupakan pertama kali dilaksana sebagai usaha mengekang pengusaha membawa plastik yang tidak boleh dikitar semula masuk ke negara ini.
“Kita akan kenakan levi import, RM15 satu tan bagi per plastik. Ini yang pertama kali, sebelum ini tidak ada.
“Caj levi ini akan dilaksanakan secepat mungkin pada 23 Oktober (selepas pembekuan AP permit import),” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri taklimat isu kilang plastik di Majlis Daerah Kuala Langat, hari ini.
Menurut Zuraida, KPKT memutuskan untuk meneruskan pemberian AP bagi import sisa plastik dengan memperbaharui beberapa syarat.
Semalam, Exco Selangor Lee Hoy Sian meminta KPKT menyekat pemberian AP berkenaan. Ia susulan isu kewujudan kilang haram memproses sisa plastik di Jenjarom, di sini.
Hoy Sian berkata isu lambakan kilang haram untuk memproses plastik yang tidak boleh dikitar semula dari negara maju seperti United Kingdom dan New Zealand berlaku apabila China menghentikan operasi mereka pada tahun ini.
Zuraida berkata buat masa ini kuota bagi AP import yang dikeluarkan KPKT adalah sebanyak 114.
Katanya lagi, hasil taklimat dengan MDKL, mereka memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan pengusaha kilang plastik berkenaan bulan depan.
“Kita adakan pertemuan dengan pengusaha-pengusaha ini. Bagaimanapun keputusan kita tetap akan menutup kesemua kilang haram ini.
“Pertemuan kita dengan mereka adalah untuk memutuskan apabila kilang itu ditutup bagaimana kaedah atau cara untuk kita melupuskan plastik tersebut.”
Setakat ini, sebanyak 54 kilang memproses sisa plastik dikenal pasti di kawasan itu dengan 13 daripadanya mempunyai lesen, 17 tidak berlesen dan 24 sudah dikenakan tindakan.
Topic Berkaitan
#Caj levi
#KPKT
#Lee Hoy Sian
#Majlis Daerah Kuala Langat
#sisa plastik
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan