awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caj levi karbon syarikat penerbangan diperkenal seawal April - Loke

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
04/03/2024
10:11 MYT
Caj levi karbon syarikat penerbangan diperkenal seawal April - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke bercakap pada sidang media selepas majlis Pengumuman Tambang AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di AirAsia RedQ hari ini. - Foto Bernama
SEPANG: Syarikat penerbangan boleh mula mengenakan caj levi karbon sebaik sahaja pindaan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia di bawah Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dimuktamadkan pada April depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kementerian secara prinsip telah memberi kelulusan kepada syarikat penerbangan untuk menggenakan caj tersebut.
"Ia bergantung kepada perancangan syarikat penerbangan sendiri untuk mengutip cukai karbon. Tetapi, sebelum mereka boleh memulakan cukai berkenaan, kita perlu meminda beberapa kod etika dari segi perlindungan pengguna di bawah Mavcom menjelang April," katanya dalam sidang media selepas melancarkan tambang tetap AirAsia sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Loke berkata sebaik sahaja levi karbon diperkenalkan, terpulang kepada syarikat penerbangan tempatan untuk mengenakan bayaran kepada penumpang masing-masing.
Ditanya mengenai keputusan Singapura mewajibkan syarikat penerbangan yang berlepas dari Republik itu menggunakan sekurang-kurangnya satu peratus bahan api penerbangan mampan (SAF), beliau berkata: "dasar kita berbeza daripada Singapura. Singapura mewajibkannya.
"Sebaliknya, kita (Malaysia) menjadikannya sebagai pilihan."
Topic Berkaitan
#Levi karbon syarikat penerbangan
#Tiket penerbangan hari raya
#Anthony Loke
#mavcom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan