awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caj PPE mahal? Pesakit digalakkan jalani ujian COVID-19 sebelum pembedahan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/06/2020
14:35 MYT
Caj PPE mahal? Pesakit digalakkan jalani ujian COVID-19 sebelum pembedahan
Langkah tersebut bukan sahaja memastikan keselamatan petugas kesihatan, malah ia akan menjimat kos peralatan perlindungan diri (PPE) bagi pesakit yang menerima rawatan di hospital swasta. - Gambar fail/REUTERS
Setiap pesakit yang mahu menjalani pembedahan digalakkan menjalani ujian saringan COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, langkah tersebut bukan sahaja untuk memastikan keselamatan petugas kesihatan, malah ia akan menjimat kos peralatan perlindungan diri (PPE) bagi pesakit yang menerima rawatan di hospital swasta.
“Jadi, ia penting untuk para doktor sebelum mereka merawat pesakit, mereka tahu status (kesihatan) pesakit sama ada positif atau negatif COVID-19.
“Jika, ujian saringan tidak dijalankan, doktor akan menggunakan PPE dan caj tersebut perlu ditanggung oleh pesakit (dan) ia diamalkan di hospital swasta.
“Jadi, saranan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah setiap pesakit perlu jalani ujian COVID-19. Kita melakukan perkara itu kepada semua pesakit sebelum pembedahan. Ini adalah sebahagian daripada rutin untuk langkah perlindungan (sekiranya) pesakit sebenarnya positif COVID-19,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa pesakit di sebuah hospital swasta dikenakan caj penggunaan PPE hampir separuh daripada kos perubatan.
BACA: Penggunting rambut positif COVID-19? Ini lima tumpuan sidang media COVID-19
Ditanya mengenai sekiranya pesakit berasa dikenakan caj yang tidak sepatutnya terhadap penggunaan PPE, Dr Noor Hisham berkata; “Ia (kos) bergantung kepada nilai PPE yang digunakan. Tetapi lebih penting adalah saranan daripada kami (KKM), di mana setiap pesakit perlu melakukan ujian COVID-19.”
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Pembedahan
#PPE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan