awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon antirasuah boleh menang jika rakyat keluar mengundi - Tun Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2021
10:46 MYT
Calon antirasuah boleh menang jika rakyat keluar mengundi - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, beliau sedar bahawa ramai yang sudah bosan dengan politik selepas berlakunya kerajaan yang dipilih dijatuhkan akibat adanya ahli parlimen yang lompat parti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keluar mengundi beramai-ramai merupakan cara untuk memastikan calon antirasuah boleh menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, sekiranya rakyat memilih untuk tidak mengundi, calon yang tidak mempunyai integriti akan lebih berpeluang untuk menang.
Dr Mahathir berkata, beliau sedar bahawa ramai yang sudah bosan dengan politik selepas berlakunya kerajaan yang dipilih dijatuhkan akibat adanya ahli parlimen yang lompat parti.
"Untuk ini kita perlu ada undang-undang anti-lompat. Mereka yang lompat akan hilang keahlian mereka sebagai wakil rakyat.
"Pilihan Raya Kecil (PRK) boleh diadakan. Terpulanglah kepada rakyat sama ada memilihnya atau orang lain. Jika rakyat setuju dengannya, beri kemenangan kepadanya maka jatuhlah kerajaan pilihan rakyat.
"Jika ia dikalahkan, maka kerajaan pilihan rakyat akan kekal," katanya menerusi tulisan terbaru di blognya chedet.cc.
Beliau juga menegaskan kaedah menukar kerajaan dengan lompat parti tidak boleh dilakukan jika kemenangan yang besar diberikan kepada calon antirasuah.
"Sebaliknya jika kemenangan puak antirasuah tipis maka keadaan tidak menentu dan percubaan memasuki pintu belakang akan berulang.
"Sama ada negara kita dapat dipulih semula atau tidak, terpulang kepada rakyat yang sayang kepada negara dan ingin lihat perasuah dan penyangak dikalahkan," katanya lagi.
Dr Mahathir berkata, rakyat perlu sedara bahawa dengan tidak mengundi parti perasuah dan yang terlibat dengan mencuri duit kerajaan, salah guna kuasa akan menang.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir Mohamed
#PRU
#lompat parti
#pintu belakang
#pilihan raya umum
#antirasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan