MALAYSIA
Calon Ketua Hakim Negara dikemukakan lebih awal, dapat perkenan Agong - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Julai di Puspanitapuri hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nama Ketua Hakim Negara yang diumumkan baru-baru ini telah dikemukakan dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong lebih awal, bukannya ditukar pada saat akhir seperti didakwa segelintir pihak.
Ringkasan AI
Anwar menyifatkan dakwaan pihak berkenaan sebagai tohmahan tidak berasas yang sengaja mahu mempolitikkan isu tersebut sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat terhadap sistem kehakiman negara.
"Seminggu kita (kerajaan) dihentam kononnya Perdana Menteri tidak menjawab. Mana mungkin saya boleh jawab ketika itu kerana proses (pelantikan hakim) masih berjalan.
"Cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara perlu melalui peruntukan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan saranan daripada Perdana Menteri untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, selepas dirunding bersama Majlis Raja-Raja," katanya pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar berkata nama calon Ketua Hakim Negara dan pelantikan lain seperti hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah dikemukakan lebih awal, namun proses hanya dapat dimuktamadkan selepas Majlis Raja-Raja bersidang pada 15 dan 16 Julai lepas.
"Nama calon sudah dikemukakan lebih awal, sebelum negara 'riuh'. Kita hanya menunggu Majlis Raja-Raja bermesyuarat pada 15 dan 16 Julai. Semuanya ikut proses. Tiada siapa boleh mendahului rundingan Majlis Raja-Raja dan perkenan Tuanku," katanya.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 dan akan mengangkat sumpah pada 28 Julai ini.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan pada 17 Julai lepas memaklumkan pelantikan itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Sementara itu Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abu Bakar Jais dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan manakala Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azizah Nawawi dilantik menggantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang akan bersara.
Wan Ahmad Farid, 62, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lepas.
Abu Bakar, 63, pula mengisi kekosongan jawatan Presiden Mahkamah Rayuan susulan persaraan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim pada 3 Julai lepas, manakala Azizah, 63, akan menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang bakal bersara pada 25 Julai ini.
Sementara itu, Anwar turut mengingatkan penjawat awam agar memahami proses pelantikan kehakiman dan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan politik.
"Saya minta penjawat awam memahami (proses ini). Jangan gopoh, jangan hukum dulu. Sebab pelantikan ketua hakim ada kaedah, ada prosedur. Alhamdulillah, proses selesai dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pelantikan Ketua Hakim Negara ikut proses rasmi: Nama calon telah dikemuka dan diperkenan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong, menolak dakwaan penukaran saat akhir.
- Rundingan bersama Majlis Raja-Raja: Ia menjadi syarat penting pelantikan di bawah Perkara 122B Perlembagaan, menunjukkan ketelusan dan pematuhan kepada tatacara kehakiman.
- PM seru penjawat awam fahami prosedur: Selain itu menolak cubaan politik memutarbelit fakta, menegaskan pelantikan jawatan kehakiman dibuat secara telus dan teratur.
Anwar menyifatkan dakwaan pihak berkenaan sebagai tohmahan tidak berasas yang sengaja mahu mempolitikkan isu tersebut sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat terhadap sistem kehakiman negara.
"Seminggu kita (kerajaan) dihentam kononnya Perdana Menteri tidak menjawab. Mana mungkin saya boleh jawab ketika itu kerana proses (pelantikan hakim) masih berjalan.
"Cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara perlu melalui peruntukan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan saranan daripada Perdana Menteri untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, selepas dirunding bersama Majlis Raja-Raja," katanya pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar berkata nama calon Ketua Hakim Negara dan pelantikan lain seperti hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah dikemukakan lebih awal, namun proses hanya dapat dimuktamadkan selepas Majlis Raja-Raja bersidang pada 15 dan 16 Julai lepas.
"Nama calon sudah dikemukakan lebih awal, sebelum negara 'riuh'. Kita hanya menunggu Majlis Raja-Raja bermesyuarat pada 15 dan 16 Julai. Semuanya ikut proses. Tiada siapa boleh mendahului rundingan Majlis Raja-Raja dan perkenan Tuanku," katanya.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 dan akan mengangkat sumpah pada 28 Julai ini.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan pada 17 Julai lepas memaklumkan pelantikan itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Sementara itu Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abu Bakar Jais dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan manakala Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azizah Nawawi dilantik menggantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang akan bersara.
Wan Ahmad Farid, 62, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lepas.
Abu Bakar, 63, pula mengisi kekosongan jawatan Presiden Mahkamah Rayuan susulan persaraan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim pada 3 Julai lepas, manakala Azizah, 63, akan menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang bakal bersara pada 25 Julai ini.
Sementara itu, Anwar turut mengingatkan penjawat awam agar memahami proses pelantikan kehakiman dan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan politik.
"Saya minta penjawat awam memahami (proses ini). Jangan gopoh, jangan hukum dulu. Sebab pelantikan ketua hakim ada kaedah, ada prosedur. Alhamdulillah, proses selesai dengan baik," katanya.
-- BERNAMA

#calon Ketua Hakim Negara
#Anwar Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#penjawat awam
#nama dikemuka awal
#terkini