awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon SPM ditemukan maut

Sinar Harian
Sinar Harian
13/10/2025
00:25 MYT
Calon SPM ditemukan maut
Datuk Alzafny Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan. - Foto Sinar Harian
JELEBU: Seorang pelajar perempuan yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di rumahnya di Kuala Klawang di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pada jam 11.50 malam, kaunter aduan Balai Polis Kuala Klawang telah menerima panggilan daripada pegawai perubatan Hospital Jelebu memaklumkan mengenai kejadian membabitkan remaja perempuan berusia 17 tahun itu.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan seorang pelajar sekolah dan telah dijumpai dalam bilik pertama rumah teres setingkat.
“Rumah tersebut merupakan kediaman keluarga dan si mati telah mengunci pintu bilik dari dalam,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kesan pergelutan (defensive wound) atau unsur jenayah.
Selain itu katanya, tiada kesan geledah atau kehilangan barang-barang peribadi milik mangsa.
“Pada Ahad sekitar jam 10 pagi, prosedur bedah siasat telah dijalankan.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” jelas beliau.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta menyentuh sensitiviti keluarga mangsa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#calon SPM maut
#meninggal dunia di rumah
#Jelebu
#Alzafny Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan