NATIONAL
Cameron Highlands rekod trend peningkatan suhu

Rekod data meteorologi dari 1969 hingga 2024 menunjukkan peningkatan suhu di Cameron Highlands, dengan 2024 mencatatkan purata suhu harian tertinggi iaitu 18.91 darjah Celsius. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rekod data meteorologi dari tahun 1969 hingga 2024 menunjukkan trend peningkatan suhu di pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang terutamanya dalam tempoh 10 tahun terakhir.
Ringkasan AI
- Rekod data meteorologi dari 1969 hingga 2024 menunjukkan peningkatan suhu di Cameron Highlands, dengan 2024 mencatatkan purata suhu harian tertinggi iaitu 18.91 darjah Celsius.
- Terdapat 689 kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands dari 1961 hingga kini, dengan 45 cerun kritikal berisiko tinggi dikenal pasti melalui Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC).
- Lima lokasi di Cameron Highlands telah dipasang peralatan sistem amaran awal untuk mengurus dan mengurangkan risiko bencana geologi tanah runtuh.
"Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.86 darjah Celsius berbanding purata suhu harian jangka panjang (1991–2020), iaitu 18.05 darjah Celsius.
"Suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Cameron Highlands ialah 27.9 darjah Celsius pada Mei 1998, manakala suhu terendah pula adalah 10.0 darjah Celsius pada Februari 1989.
"Seterusnya berhubung jumlah kejadian tanah runtuh, terdapat 689 kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands telah direkodkan dari tahun 1961 sehingga kini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Kar Hing (Gopeng) yang meminta statistik perubahan iklim di kawasan Cameron Highlands di Parlimen pada Rabu.
Dalam masa sama, JMG sedang melaksanakan pemantauan secara tahunan 19 cerun kritikal bermula 2021 sehingga kini.
Selain itu, sebanyak lima lokasi di Cameron Highlands telah dipasang peralatan sistem amaran awal (early warning system) dan kesemua maklumat bencana geologi tanah runtuh dan cerun kritikal ini dikongsikan bersama agensi dan jabatan berkepentingan terlibat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami