awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
" Jho Low arah cek Najib jangan ditolak" - Saksi
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Campak 695 kg daun ketum ke laut, pecut bot selepas terserempak pihak berkuasa

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/12/2021
05:05 MYT
Campak 695 kg daun ketum ke laut, pecut bot selepas terserempak pihak berkuasa
Kesemua 695 kilogram daun ketum yang cuba diseludup ke luar negara dibawa ke Jeti Maritim Malaysia di Bukit Malut untuk siasatan lanjut. - Gambar ihsan APMM
LANGKAWI: Cubaan satu sindiket untuk menyeludup daun ketum ke negara jiran tidak berjaya apabila dipatahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam kejadian awal pagi semalam.
Tekong bot yang membawa barangan larangan itu tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mencampakkan kesemua 695 kilogram daun ketum bernilai RM125,000 ke laut serta memecut melarikan diri selepas terserempak dengan pihak berkuasa.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, bot itu dikesan ketika melalui Pulau Tanjung Dendang kira-kira jam 3.30 pagi.
“Tekong bot bertindak mencampakkan bungkusan plastik ke dalam laut dan memecut laju lari ke arah perairan sempadan negara untuk meloloskan diri.
"Susulan itu, hasil pemeriksaan menemui 57 bungkus plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 695 kilogram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Zawawi berkata, pihaknya mengesan sebuah bot sedang bergerak menghala ke negara jiran dalam keadaan gelap dan mencurigakan.
Sejurus selepas itu, sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah diarahkan ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.
Katanya, kesemua daun ketum itu dipercayai cuba diseludup suspek keluar ke negara jiran menerusi jalan laut.
Beliau berkata, harga pasaran daun ketum mencecah RM180 sekilogram di negara jiran dilihat menjadi faktor pendorong kepada aktiviti ini, selain upah penghantaran lumayan di antara RM350 dan RM800.
Kesemua daun ketum dibawa ke Jeti Maritim Malaysia di Bukit Malut untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Topic Berkaitan
#daun ketum
#seludup daun ketum
#695 kg daun ketum
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan