DREBAR

Campur tangan kerajaan hadkan kenaikan tol di tiga lebuh raya

Astro Publication 21/10/2015 | 04:28 MYT

Mengikut penjelasan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof kepada Bernama semalam, campur tangan kerajaan telah menghalang cadangan awal kadar kenaikan tol di tiga lebuh raya. Mengikut Fadillah, tiga syarikat konsesi telah pada awalnya mencadangkan agar kadar ditambah sebanyak RM2, tetapi telah diturunkan kepada RM1 setelah diputuskan kerajaan.

Tambah beliau lagi, perubahan kadar tol ini adalah mengikut kontrak sedia ada dan adalah yang pertama kali sejak tahun 2008.
"Selepas mengadakan rundingan itu, kami akhirnya perlu menaikkannya walaupun kadar kenaikan itu dikatakan tinggi."
Setakat ini, kerajaan masih perlu membayar sebanyak RM510 juta kepada syarikat konsesi tersebut sebagai pampasan antara bulan Januari hingga (15) Oktober berdasarkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya dilakukan pada awal tahun 2015 lagi.
Pada 15 Oktober lepas, 12 pemegang konsesi lebuh raya di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol diantara 16% hingga 92%.
Perubahan ini tidak membabitkan PLUS Malaysia yang menyatakan kesemua lapan lebuhraya yang dikendali mereka masih mengekalkan harga yang sama.

(Gambar utama oleh: Suryasuharman [CC BY-SA 3.0]

# #lebuhraya