awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAP sambut baik pengenalan cukai minuman bergula

Bernama
Bernama
02/11/2018
14:03 MYT
CAP sambut baik pengenalan cukai minuman bergula
Cukai bagi minuman bergula itu berkuat kuasa 1 April tahun depan.
Selepas 30 tahun berkempen bagi pelaksanaan cukai minuman bergula, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menzahirkan rasa gembira apabila suara mereka akhirnya didengari kerajaan Persekutuan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini semasa membentangkan Belanjawan 2019 mencadangkan duti eksais dikenakan pada kadar 40 sen seliter ke atas dua kategori minuman bergula.
Cukai bagi minuman bergula itu berkuat kuasa 1 April tahun depan.
Presiden CAP SM Mohamad Idris turut memuji tindakan itu bagi tujuan mengurangkan pengambilan kadar gula yang tinggi dan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menukar gaya hidup mereka kepada pengambilan makanan yang lebih sihat.
"Ia merupakan langkah bijak di pihak Lim dan saya juga berharap pelaksanaan cukai minuman bergula akan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengambilan gula dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat," katanya kepada Bernama di sini.
Mohamad Idris berkata CAP juga akan memboikot semua makanan bergula bersempena sambutan Hari Diabetes Sedunia pada Ahad (4 Nov).
Naib Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata cukai minuman bergula itu diharapkan akan dapat mengurangkan penghidap diabetes di Malaysia.
Katanya gula sentiasa menjadi punca utama bagi pelbagai penyakit terutamanya diabetes, yang merupakan antara penyakit utama yang dihidapi oleh rakyat Malaysia.
"Kami berharap dengan pelaksanaan cukai ini, laporan bagi penyakit diabetes akan berkurangan dengan ketara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2019
#CAP
#cukai minuman bergula
#duti eksais
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#Persatuan Pengguna Pulau Pinang
#Presiden CAP
#SM Mohamad Idris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan