Kerajaan dan swasta harus bekerjasama untuk negara mencapat kedudukan ke 20 terbaik dunia dalam Laporan Indeks Inovasi Global (GII) menjelang tahun 2050.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia tidak mustahil dicapai dengan komitmen semua dalam memanfaatkan dunia sains, teknologi dan inovasi (STI) terus kepada manfaat masyarakat.
Jelasnya, bantuan atau dana kerajaan dalam hal-hal berkaitan penyelidikan dan pembangunannya (R&D) STI juga digunakan sepenuhnya untuk memastikan hasrat itu direalisasikan.
"Kini Malaysia di tangga ke 37 daripada 127 negara dalam Global Inovation Index 2017.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menggarap pada tahun 2050, kita berada di tahap ke 20 tapi langkah yang dilakukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), saya yakin tangga 20 akan tercapai sebelum 2050, ini saya dapat perhati dan lihat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Ekspo Ekonomi Kreatif dan Inovasi Kebangsaan 2017 (NICE 2017) di Taman Teknologi Malaysia (TPM) di sini, hari ini.
NICE 2017 ialah pameran sains, teknologi dan inovasi terbesar di Malaysia.
Ia berlangsung selama lima hari bermula Khamis di TPM, Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara.
Ia selaras dengan sasaran agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk menyemarakkan ekonomi kreatif dan inovasi dalam STI, di samping menggalakkan pembangunan Ekonomi Baru Negara.
NICE 2017 menjadi platform untuk mempamerkan program dan kegiatan berkaitan dengan STI. Pengisian program itu terbahagi kepada lima kluster utama iaitu teknologi, didik hibur, teknologi komunikasi maklumat, kesejahteraan dan pengetahuan.
Ekspo yang dijangka menarik kehadiran 500,000 pengunjung akan meneruskan kesinambungan kejayaan MOSTI dalam menyediakan platform untuk memacu kapasiti Malaysia dalam inovasi dan kreativiti berasaskan STI, di samping mempromosikan kelestarian dan daya saing dalam ruang yang sama.
Dalam pada itu kata Ahmad Zahid, peningkatan penduduk dunia merupakan cabaran yang akan mengakibatkan peningkatan permintaan kepada sumber bekalan makanan, air bersih, keperluan perumahan dan pekerjaan.
"Keupayaan untuk memanfaatkan STI kritikal untuk mengatasi cabaran masa hadapan dan banyak permasalahan memerlukan teknologi sebagai jalan penyelesaian.
"Bagi memastikan negara berupaya mengarusperdanakan STI pada semua peringkat dan sektor, kita perlu mengambil kira aspek STI dalam setiap penggubalan dasar negara bagi memastikan STI dimanfaatkan sepenuhnya dalam setiap program yang dilaksanakan.
"Oleh itu, saya meminta semua kementerian mengambil tindakan sewajarnya berkaitan perkara ini. Saya juga difahamkan MOSTI sedang merangka Pelan Induk STI Negara dan Dasar STI menjangkau tempoh 10 tahun sehingga 2030," katanya.
Wan Syamsul Amly
Thu Oct 12 2017
AHMAD ZAHID: Keupayaan untuk memanfaatkan STI kritikal untuk mengatasi cabaran masa hadapan dan banyak permasalahan memerlukan teknologi sebagai jalan penyelesaian. - Gambar fail
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Sinovac akan labur AS$3 bilion bagi pengeluaran vaksin, produk farmaseutikal besar-besaran
Syarikat itu juga berhasrat menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan serta pangkalan perindustrian di lebih 10 negara.
RMK-12: Jangan biarkan R&D kita hanya ditayang di rak buku - Abdul Rais
Pembuatan dasar harus melibatkan lebih ramai ahli akademik yang melakukan R&D supaya realiti sebenar dapat diterjemah dalam pelaksanaan dasar.
Visi negara berpendapatan tinggi: Kekurangan dana R&D bakal jejas reputasi
R&D perlu dipertingkat bagi menampung teknologi dan kemahiran yang Malaysia miliki terutamanya bagi institusi pendidikan.
COVID-19: Syarikat pengiklanan hasilkan pelindung muka untuk barisan hadapan
Ketika hospital di seluruh negara masih memerlukan peralatan perlindungan peribadi (PPE) pelbagai pihak tidak putus-putus memberikan sumbangan.
Apple tinjau peluang ceburi teknologi satelit, apa faedahnya kepada pengguna?
Jika syarikat itu berjaya dengan inovasi baharu tersebut, mereka akan mengurangkan kebergantungan dengan syarikat telekomunikasi.
Universiti tempatan perlu tingkat keupayaan R&D - Tun Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan universiti tempatan menumpukan kepada usaha meningkatkan keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Utamakan peruntukan kepada universiti baharu dan yang belum capai ranking
Dicadangkan supaya peruntukan Bajet 2020 yang bakal dibentangkan kelak dapat mengutamakan universiti-universiti dan IPT yang baru bertapak serta yang tidak memiliki ranking.
AS perlu terima hakikat, Huawei mendahului produk mereka - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Amerika Syarikat (AS) perlu menerima hakikat bahawa Huawei kini mendahului produk mereka.
RM24 juta dana R&D untuk penyelidikan industri tahun ini
Ia adalah langkah pertama kali kementerian itu di mana dana berkenaan melibatkan lebih 50 peratus daripada dana R&D.
TNB sedia RM5.8 juta untuk pembangunan habitat kelip-kelip
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyediakan peruntukan sebanyak RM5.8 juta untuk penyelidikan dan pembangunan habitat kelip-kelip di seluruh negara bagi tempuh tiga tahun, sejak 2017.