KUCHING:Sasaran baharu capaian elektrik secara menyeluruh di Sarawak dijangka akan diawalkan ke 2023.

Jelas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, fokus liputan kini tertumpu kepada kawasan luar bandar dan pendalaman.

“Menjelang 2022 atau 2023, Sarawak Energy Berhad dapat membekalkan 100% bekalan tenaga elektrik ke kawasan luar bandar”, kata Abang Johari dalam ucapannya pada Majlis Anugerah Vendor Sarawak Energy di Kuching pada Isnin.

Jelas Abang Johari, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1.3 juta dalam Belanjawan Negeri ke-12 untuk memastikan tenaga elektrik sampai ke kawasan luar bandar, dan ini dilaksanakan menerusi projek Sarawak Water Supply (SAWES).

“Kita ingin memberi bekalan elektrik dari sumber yang kita sendiri ada kepada penduduk di luar bandar sehingga mereka dapat menikmati bekalan elektrik terutama di rumah panjang, di kampung, terutama di sekolah-sekolah luar bandar," tambahnya.

Abang Johari

Dalam ucapannya, Abang Johari turut merakamkan penghargaan kepada SEB kerana berjaya meningkat kapasiti perkhidmatannya.

Peningkatan kapasiti ini telah melahirkan banyak peluang perniagaan kepada vendor, serta membesarkan peluang pekerjaan.

“Saya telah mengarahkan pejabat Setiausaha Kewangan Sarawak untuk menyediakan formula, dengan jumlah pekerjaan harus diberikan kepada Bumiputera supaya bumiputera dapat memberikan perkhidmatan mereka”,

“Seperti yang anda ketahui, Sarawak sedang membina banyak projek infrastruktur," katanya.