awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cari madu antara punca kebakaran hutan - Bomba Terengganu

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2019
23:23 MYT
Cari madu antara punca kebakaran hutan - Bomba Terengganu
Keadaan tanah gambut dan saki baki kayu hutan yang ditebang dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran berlaku pada bila-bila masa. - Astro AWANI
Penerokaan bagi aktiviti pertanian dan mencari madu dipercayai antara punca utama yang menyumbang kepada kebakaran hutan di Kampung Balai Besar, di sini, sejak seminggu yang lalu.
Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azmi Ab Rahim berkata perbuatan melakukan pembakaran terbuka tanpa kawalan menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat sehingga memusnahkan sebahagian kawasan hutan berkenaan.
Menurutnya, sehingga kini api seluas 22 hektar di kawasan hutan berjaya dipadamkan.
"Kita baiki sistem perparitan yang ada, yang mana pada ketika ini, di tempat kita beroperasi ini, aras parit tersebut lebih tinggi berbanding dengan alur sungai. Jadi, perlu menjalankan kerja-kerja pendalaman supaya air tersebut dapat sampai ke tempat kita beroperasi.
"Juga, memerlukan bantuan daripada jentera-jentera berat. Alhamdulillah kita dapat bantuan daripada penduduk yang prihatin. Jadi, kerja-kerja itu sedang dilaksanakan. Kita harap ia berjalan lancar dan kerja-kerja operasi ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin," kata Azmi.
Katanya, usaha pemadaman yang masih berbaki kira-kira tiga hektar sedang giat dilaksanakan dengan kekuatan lebih 80 orang.
Jelasnya, pihaknya percaya operasi pemadaman keseluruhan kawasan terbakar dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Pemantauan berterusan akan dilaksanakan berikutan keadaan tanah gambut dan saki baki kayu hutan yang ditebang dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Azmi turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti penerokaan tanah pada musim kemarau ini kerana bimbang akan mengakibatkan berlakunya kebakaran hutan pada skala yang lebih besar.
Topic Berkaitan
#Azmi Ab Rahim
#bomba
#Dungun
#hutan
#JBPM Terengganu
#kebakaran
#kerja pendalaman
#madu
#operasi
#penerokaan
#perparitan
#pertanian
#tanah gambut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan