KUALA LUMPUR: Isu membabitkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta perlindungan insurans bagi golongan artis dan penggiat seni bebas merupakan antara perkara dibincangkan di bawah Task Force Industri Kreatif.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, task force berkenaan akan meneliti dan memudah cara langkah-langkah penambahbaikan industri kreatif termasuk dari segi kebajikan penggiat seni termasuk artis, pelakon serta pekerja belakang tabir.
Jelasnya pandangan dan maklum balas sebagai input penting untuk melaksanakan inisiatif berkenaan juga diperoleh daripada Persatuan Pengeluar Filem (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).
Beliau berkata demikian menjawab soalan Maszlee Malik (PH-Simpang Renggam) yang ingin tahu usaha dan insentif Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk membantu pelakon dan artis menyimpan atau menabung di KWSP demi masa depan dan saraan hari tua mereka di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) berhubung royalti penggiat seni, Zahidi berkata K-KOMM sedang berbincang tentang bagaimana untuk mempergiatkan lagi usaha menjaga kebajikan artis termasuk dalam hal membabitkan royalti.
Mengenai perancangan kementerian itu bagi menjaga kebajikan artis veteran pula, beliau berkata input daripada persatuan artis juga diambil bagi mencari langkah menjaga kebajikan golongan itu memandangkan terdapat laporan ada antara mereka yang terlantar sakit dan dihalau dari rumah.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang ingin tahu perancangan K-KOMM bagi menjaga kebajikan artis veteran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Task Force Industri Kreatif akan meneliti dan memudah cara langkah-langkah penambahbaikan industri kreatif termasuk dari segi kebajikan penggiat seni termasuk artis, pelakon serta pekerja belakang tabir. - Astro AWANI
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum KWSP mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan
Usahasama ini sebahagian komitmen KWSP meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Caruman PERKESO, KWSP antara cadangan pindaan peraturan Finas
Finas sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dividen KWSP: Berdosa jika degil
Pencarum KWSP beragama Islam digalakkan menukar daripada simpanan konvensional kepada syariah supaya 'simpanan' lebih bersih dan halal.
Pertimbang keluar KWSP bersasar - Wan Saiful
Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan permohonan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan secara bersasar.
KWSP dijangka mampu capai pulangan yang sama pada 2024 - Ahli akademik
Williams yakin cabaran pada 2024 adalah lebih kurang sama seperti tahun sebelumnya dan KWSP akan berpeluang meningkatkan prestasinya.