awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM

Firdaus Azil
Firdaus Azil
04/03/2025
02:50 MYT
Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Langkah kerajaan untuk mengenakan caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke atas pekerja asing adalah, antara lainnya untuk mempertahankan kepentingan pekerja tempatan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan untuk mengenakan caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke atas pekerja asing adalah, antara lainnya untuk mempertahankan kepentingan pekerja tempatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Beliau berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara-negara lain dan ia tidak akan membebankan kedua-dua golongan pekerja asing serta majikan mereka.
“Hari ini kalau terpaksa ambil (pekerja asing) dalam keadaan sekarang, biarlah dikenakan kaedah dan sistem yang sama, peraturan sama dengan pekerja tempatan, makna termasuk caruman walaupun minimum.
“Ia tak bebankan kerana kos mengambil pekerja asing dengan sendirinya tertambah. Kalau tak, tidak mungkin ada kemungkinan peluang untuk kita tumpukan perhatian kepada mengambil pekerja tempatan, semuanya akan pilih cara mudah.
“Jadi oleh kerana kerajaan mula mengekang kemasukan pekerja asing, maka kita kenakan caruman ini, dan caruman ini juga akan menentukan rekod dan tarikan supaya mereka bila pulang tahu ada wang,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, jika golongan pekerja asing itu memilih untuk tidak mendaftar, maka ada kemungkinan mereka tidak dapat mengambil simpanan itu kembali.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, yang ingin mengetahui manfaat liputan mandatori caruman untuk pekerja asing serta majikan mereka, dan juga manfaatnya kepada negara.
Terdahulu, menjawab soalan asal Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, Perdana Menteri berkata, langkah mengenakan caruman kepada pekerja asing memberi ruang untuk kerajaan mempunyai rekod tentang jumlah sebenar golongan tersebut.
Selain itu, beliau berkata, KWSP dan Kementerian Kewangan juga akan mengadakan libat urus dengan semua syarikat besar dan juga perusahaan medium, kecil dan sederhana, selaras dengan piawaian antarabangsa.
“Kalau kita lihat hampir 70 negara gunakan kaedah caruman, walaupn banyak negara letak caruman lebih tinggi, kita gunakan minimum dua peratus kerana dua peratus itu tidak akan membebankan.
“Dan ini tidak juga mengurangkan perhatian KWSP kepada rakyat tempatan. Umpamanya kita perkenalkan caruman sukarela pada 2024, yang self-employed itu sendiri. Itu sahaja seramai 1.2 juta ahli telah mencarum secara sukarela,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#caruman pekerja asing
#KWSP
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan